Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Saturday, May 22, 2010

Lagenda Budak Setan

Tadi aku tertengok OST Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil, Lisa Surihani (betul ke aku eja ni?), Fazura dan Que Haidar.



Macam best je. Aku tak pernah baca novel Lagenda Budak Setan. Baca sikit-skit je beberapa halaman yang sempat kat kedai buku. Masa tu zaman sekolah menengah dulu la. Waktu tu aku tidak berduit untuk laburkan pada sebuah novel yang tebal lagi mahal. Simpan angan-angan je nak beli suatu hari nanti. Bila dah bekerja aku jadi lupa pulak nak beli novel ni. Serba sedikit yang aku tahu tentang novel ni. Hero budak nakal. Heroin mati. Tu je. Lain-lain sikit-sikit je info asas yang dibincangkan dengan kawan-kawan sekolah.

Nampaknya senarai To Do List aku yang terbaru. Mesti beli novel ini.



Penulis buku ini ialah Ahadiat Akashah. Tak tahu apa perkembangan kes Akashah ni dulu. Harap-harap masalah yang membelenggu penulis ni dapat diselesaikan dengan baik. Sayang bakat menulis yang ada dalam dirinya bagai susut begitu je dalam dirinya.



Er... sebut tentang Lisa Surihani teringat kat member opis lelaki tau, yang minat sungguh pada awek cun ni. Kisah-kisah Adamaya pun orang lelaki bawak ke meja makan gara-gara pelakonnya, Lisa. Serius gegar urat peha aku gelakkan derang ni. Dan aku sangkakan dorang ni saja pelik-pelik. Rupanya member adik aku pun sama jenis dengan para lelaki opis aku. Bah... Memang bikin gegar aku rasa. Tapi cik Lisa ni memang cantik pun. Kalau mengandung elok tatap muka Lisa ni lama-lama, kot terkenan anak wajah cantik macam dia, hehe...


2 comments:

CatlinaFly said...

pernah baca masa sekolah dulu.tiga3 dah baca.tapi lupe pulak ape citenye hahaha

Wansteddy Tales said...

catlinafly ~ bnyk sngt novel keluaran akashah ni. kdg2 masa diskus dgn member psl novelnya bnyk tercampur2 story hehe