Aku nak upload lukisan 7E tu. Aku nak upload video terbaru Damia menarikan lagu konsert Akademi Fantasia. Tapi card reader rupanya tertinggal di opis. Kan dah jadi masalah. Itulah selalu cuai. Benda penting selalu tinggal-tinggal merata.
Petang tadi bawa Damia ke KLCC. Itu pun selepas puas berteka-teki dengan adik aku nak ke mana. Destinasi belum rancang tapi kereta dah berjalan. Sudahnya sebabkan kedua-dua kami tak berapa hafal jalan di Kuala Lumpur ni arah senang lekat kat kepala aku ni KLCC sajalah. Okeyla tu. Sekurang-kurangnya aku tahu sikit jalan kat KL ni. Ke KLCC, ke opis. Lain dari tu kena rujuk papan tanda! Sungguh ni. Kalau aku sendiri yang memandu, soheh selalu sesat! hahhaha...
Sempat tonton wayang Shrek. Macam biasa, kerjasama dari Damia ala la je la. Agak-agak dah fedap Damia buat jugaklah perangai. Merayap sana sini. Sibuk berkejar ke pintu keluar bila ada penonton nak keluar ke tandas. Kacau penonton lain. Mujurlah adik sorang tu depan seat aku, perempuan. Dan dia sudi gak layan Damia. Kalau jenis perengus gamaknya dah ditolaknya Damia. Paling koman pun, dia "isy isy" kan Damia. Mujurlah adik ni baik budinya. Sorrylah dik. Terganggu tumpuan ko. Anak hakak ni memang gini. hehe...
Kendian sampai saja di rumah jadi satu haru bila kunci rumah termasuk dalam tempat brek tangan tu. Berpeluh-peluh adik aku korek kunci tu keluar. Makan masa jugaklah. Gara-gara Damia jugaklah tu. Ada ke dalam banyak-banyak benda. Kunci rumah pun nak dibawa mainnya jugak. Kan dah jadi kes tu.
Tengah sibuk-sibuk kitorang usaha keluarkan kunci tu, Damia sibuk-sibuk pulak godek-godek radio kereta. Tiba-tiba bunyi dah tak keluar dah dari radio kereta. Aku cuba tekan-tekan bukak radio balik, dah takde bunyi lagi. Ah, sudah! Damia buat hal lagi >< Bergasaklah aku nak kena marah dengan ayahnya nanti. Aku dah agak dah. Memang sah-sah teruk aku kena marah nanti. Walaupun bukan aku yang buat pun, tentu kena marah jugak ni. Sampai sekarang aku belum repot kat ayah Damia lagi. Gasaklah. Biar en.hb berkursus dengan aman dulu. Tak nak ganggu konsentrasi dia. Bila dia dah balik nanti, pelan-pelan aku kasitau kisah sebenar.
Wuwuwu.. aku dah berpeluh-peluh nak pikirkan ayat sesuai ceritakan hal sebenar kat en.hb. wuwu...

No comments:
Post a Comment