Nuffnang

Followers

Thursday, May 20, 2010

mini me ~ wansteddy


Dalam perjalanan naik bas tadi, sempat aku lukis sketches ni dalam buku lukisan aku. Mula-mula duduk seat sorang-sorang rasa seronok je siap aku lukis benda-benda dalam beg pasar aku tu. Bila naik sorang amoi duduk kat sebelah aku dah segan nak teruskan melukis. Aku jenis fobia kalau orang tengok-tengok waktu melukis. Ada plak lukis mulut jadi piring nanti.
Sambil beristirehat tadi sambung lukis dua benda tercicir, payung dan bedak muka hehe...
Inilah gaya aku ke opis harini. Selalunya kalau ke tempat kerja kena berbaju kurung. Aku bantai pakai blouse dengan seluar panjang pada hari khamis. Ini kalau ikut lagi kepala, esok nak pakai lagi seluar. Jumaat pun jumaatlah. Asalkan mudah aku nak bergerak. Kerana pakai seluar ini, jimat masa 5minit sebab aku boleh berjalan kencang. Habis bersepah aku berjalan macam kena kejar dek kucing.
Beg aku ada tiga. Yang paling besar lapik beg sederhana yang lapik beg kecil dan ada satu lagi pouch kecil selalunya aku letak dalam beg kecil tu. Tapi semalam aku tertinggal kat meja opis. So balik petang ni barulah lengkap isi beg ke tempat kerjaku hahaha... Plan nak warnakan tapi aku layan banyak giveaway harini sehinggakan lupa pasal sketch book. Nanti-nantilah kalau rajin aku warnakan mini me ini.
Harap maklum, mataku sepet dan kecil.
Kartunku saja bermata besar, bulat-bulat hehehe...

10 comments:

i z z a said...

erm..kalu warnakn lg menyerlah..ala..bestnyer pndai lukis2 nih..kita nih keras tangan..xde bakat lngsung

Wansteddy Tales said...

izza ~ xsempat la izza, akk juz snap pic je pixel xcun nk convert jd line. kne scan jgk hehe...

ibundo said...

memang wan ni berbakat. boleh tukar bakat jadi duit..

Wansteddy Tales said...

k.pah ~ trimas k.pah ^^

market kurang kencang la k.pah. susah nk cri saluran yg betul. xreti >< hahaha

ibu_Arifa said...

cantiklah kak wan..warnakan yer..

saya suka melukis, tapi xberapa berbakat..p ambik test kelayakkan cos senibina kat UTM dulu2..tak pass pun..wuwuwu..

alinalan said...

Alahai suke ler. nak satu gak boleh? wan nak mintak buatkan header boleh? kasi yg chomel2 gitu, sesuai dgn anak2 momma. aci tak???

NzA said...

kalu dh kreatif, kt mana2 pn menjadi jerrr.....

Wansteddy Tales said...

min ~ UTM? akak pn ada try gak hntr penyertaan kena lukis2 tu. tak diterima :(
nasip baiklah ada uitm terima jugak student cm akak ni wuwuwu... uitm dihatiku ><

Wansteddy Tales said...

mommaMia ~ boleh saja >< sila kirim email pada saya. boleh borak by email hehe ^^

Wansteddy Tales said...

k.nza ~ ini kes boring terlampau hahaha