Nuffnang

Followers

Wednesday, May 5, 2010

Wajarkah kuncikan mulut saja?

Sesudah berhempas pulas pagi bawak ke petang pasal kerja, sekarang barulah aku boleh tarik nafas puas-puas. Lega-lega. Pertama kerana kerja dah siap. Cumanya kalau nak tambah atau ubahsuai sana sini sempat buat lagi pagi esok. Kalau rajinlah.

Keduanya kerana dah terima 3 mesej dari pemenang-pemenang Wansteddy Giveaway. Alhamdulillah masing-masing dah selamat terima kiriman hadiah dariku. Aku tumpang senang hati dan gembira nih! Macam hati seorang emak orang baru lepas nikahkan anak dara sendiri pulak perasaannya, legaaaaa..... hohoho...

Esok kalau takde aral, aku akan kerja separuh hari saja. Tengahari kena bergegas kembali ke rumah ambil Damia. Pengasuhnya nak ke Raub, Pahang. Katanya nak ambil adiknya. Tapi yang buat huru hara sebelum ni sebab pengasuh Damia baru bagitahu semalam petang. Mahunya aku tak kelam kabut? Kalau diberitahu awal-awal bolehlah aku merancang cuti. Nak ambil cuti kecemasan pun tak boleh kenangkan kerja selambak kena disiapkan. Tapi jaminan bahawa Damia akan dijaga sampai tengahari dah cukup untuk aku. Bolehlah siapkan saki baki kerja untuk minggu ini. Sekarang aku dah rancang dah esok nak buat apa dan apa. Pastinya jumaat aku akan kembali bekerja penuh masa. Harap-harap my bos ber'mood' gumbira esok hari hehe...

Ketika ini aku sedang memakai mask. Damia tak nak dekat dengan aku. Bila aku ajak bersembang bahasa tak berbahasa (sebab muka dah sendat dengan mask) dia pandang-pandang je muka aku siap kerut-kerut muka, pelik. Rasanya sebab tak faham menda aku cuba bualkan dengan dia hehe... Damia masih menjauh dari aku. Dok menempek dekat-dekat ayah. Siap cakap "akuttt..." kat ayah. Maknanya takut kot. huhu....

Harini en.hb dapat khabar duka. Bukan setakat dia, beberapa member ofis pun terima berita buruk jugak. Entahlah... semacam ada konspirasi la pulak. Nak story banyak-banyak pun tak boleh. Wajib zipkan mulut ini. Tapi bila diri dah dianiaya, wajarkah kita bersikap diamkan diri? Berserah aje tak ambil apa-apa tindakan? Berani kerana benar. Kalau membetulkan perkara yang silap apa salahnya nak luahkan perasaan, kot. Tapi masyarakat kita yang serba sensitif sekarang tak membenarkan kita bertindak melulu. Silap-silap kita yang dianiaya ni dituduh pulak macam-macam sebab ada spesis manusia jenis nak cover diri yang tak betul tu, heh!

Macam-macamlah korang ni Melah....!

6 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

macam2 dugaan kan wan...semuanyer mencabar...harap laluinyer denagn tenang

NzA said...

kt org brdiam lebih baik ttp kekdgn makin kita diam mkn menjadi2 lak....

Wansteddy Tales said...

anje... trimas anje. harap2lah isu en.hb dan kawan2nya dpt setel dgn cepat n ikut saluran yg betul. jgn ada yg menongkah arus semata nk kejar senang tp dlm sa yg sama tindas pulak org2 lain. huhu...

yantz-yeem said...

weisssshhh..padia???

Wansteddy Tales said...

k.nza... betul tu k.nza. hb wan bkn jenis cepat hangin. tp kes ni betul2 buat dia marah. huhu... nmpk sngt buatlah kerja bagai nak 'mati berdiri' pun kalau org dah tak hargai layanan pun dpt cm sampah. teruk betul.

Wansteddy Tales said...

k.yantz... hot isu bulan ini!