Persembahkan.....
Press ad untuk KhazisBoutique!
Press ad untuk KhazisBoutique!

Acah je.....! Konon-konon iklan dari KhazisBoutique la hehe.... Amacam? Menjadi tak aku punya gimik? ngehngehngeh... sempat aku design dalam masa sejam nih hehe...

Special design sempena sertai contest khazisboutique! Inspirasi dari tajuk contest, aku memilih tema Pink kerana ia warna kegemaranku yang paling maksimas! Teruskan bacaan anda untuk ketahui puncanya aku jadi peminat tegar Pink!
Contoh design tudung berwarna Pink dari khazisboutique idaman kalbuku! Sila klik gambar direct ke link entry berkenaan ^^
Pengenalan berkenaan Khazis Boutique

Masuk saja blog Khazis Boutique, anda akan disajikan dengan kepelbagaian produk jualan melalui blog ini. Gaya mudah untuk mendapatkan maklumat sesuatu item. Anda hanya perlu klik gambar yang terpapar di bawah header seperti gambar di atas. Link tersebut akan terus membaca anda ke entry yang berkaitan. Mudah bukan? Cara interaksi yang selesa dan memudahkan pelanggan.

Tarikan utama wanita muslim ialah tudung beraneka corak. Aku sukakan pilihan warna dan corak yang menghiasi tudung keluaran Khazis Boutique. Corak serta warnya mesra kulit dan cukup feminin.


Pakaian jenis trendy dan selesa dikenakan. Setiap paparan contoh baju turut disertakan dengan gambar model. Justeru pelanggan dapat membuat pilihan lebih mudah berdasarkan gambar yang dipaparkan. Khazis Boutique membuat pilihan bijak untuk tujuan promosi!

Khazis Boutique turut menyediakan himpunan corak kain dari pelbagai jenis dan corak. Baju kurung juga tersedia dengan pelbagai jenis corak dan warna. Ia pasti mengujakan!
Warna kegemaranku PINK, Hitam, Putih dan Merah.
Tapi yang paling aku sukai PINK!
Tapi yang paling aku sukai PINK!
Ada sejarahnya kenapa aku gemari warna ini. Hakikatnya semasa kecil aku dipaksa sukakan warna ungu dan kuning. Padahal aku paksarela je suka warna-warna tersebut. Ketika kecil kakakku yang tergilakan sangat warna pink. Masa kecik dulu, ada sebuah rancangan kegemaran ramai memaparkan superheronya dengan pelbagai sut dengan warna berbeza mewakili kuasa masing-masing. Superhero tersebut dinamakan Power Rangers. Kerana ikut terpengaruh dengan cerita ini, kakak melabelkan aku power ranger kuning. Sebab kakak nak jadi power ranger Pink. Padahal aku pun nak jadi power ranger Pink! Dek kerana jelez kakak dapat warna kegemaran kami berdua, aku jadi menyampah dengan warna Pink. Ini kisah benar, takde tokok tambah. Heheh...


Kemaruknya aku pada warna ini tak henti kat situ. Apabila selamat lahirkan baby gurl, anakku pulak jadi mangsa fesyen mummynya. Mujurlah anak aku budak kecik. Tak pandai nak komplen walau sehampes mana sekalipun baju yang mummynya pakaikan, dia tetap redha... hahahaa.... Kebanyakkan baju Damia berwarna Pink. Kalau ada pun berwarna lain adalah sumbangan dari hadiah-hadiah yang diterima. 

Kesimpulannya, aku memang penggila Pink!

Tarikh tutup contest ini adalah pada 15 June 2010.
Layan apa yang sempat aku google berkenaan warna Pink!






9 comments:
salam ziarah...tumpang baca entry contest...kebetulan me pun peminat tegar kaler pink :)
mama zharfan... harus tubuhkan kelab pink antara blogger nih! hahaha.... jom mama zharfan, join diz contest sesama. sbb syaratnya xketat sngt so rs bebas je nk buat entry contest tu hehe
wehhhh nak masukkk gaks...adoiii byk nau nak kna wat...weh damia dah chubby la aku tgk...wessss selamat hari ibu tuk ko gaks...sori lambat wish...sama la cam aku...xde mood bila org lain sibuk wish mothers day...tpi laki aku x wish...tsk..tsk...sedih...agaknya diiorg x paham...hari ibu untk ibu2 diorg je kot..patut nya ada hari untuk mengingati para isteri..iaitu..."hari isteri sedunia"..hahahaa
prmpuan dgn pink mn bleh d pisahkn..hiks..pink kn cute
Salam Wan @ mama damia :)
minta maaf sangat2 lambat buat review. suka part power rangers tu. samala kita, berebut nak jadi power rangers pink. yela, power rangers kuning cam xbest jek. hehe. ok, nombor bertuah wan:9. good luck ya!
izza... iye... hakak ni salah sorg perempuannya hohoho
wilda ~ trimas >< harap2 ada luck di sini ^^
peminat pink jugak rupanya... samala kita... gudluck dear...
ibu ayra ~ trimas. join jugak contest ini? semoga kita sama2 bertuah ><
Post a Comment