Nuffnang

Followers

Tuesday, May 11, 2010

Perangai Damia yang kian lasak!

Damia punya hobi terkini suka tarik rambut! Kalau tarik sikit-sikit bolehlah terima lagi. Tapi tarik rambut ala-ala nak putus urat rambut tu. Geram betul aku. Nak-nak waktu tengah nyenyak tidur tu. Selalunya rambut aku la jadi mangsa. Mungkin sebab rambut aku lebih panjang dan mudah nak pegang berbanding rambut ayahnya.

Kadang-kadang sampai terpekik-pekik aku sebab sakit tau. Bayangkan pagi-pagi buta aku dok memekik tu. Kang jiran-jiran salah sangka la pulak huhu.... Tah macam mana nak atasi masalah ni. Semalam kerana geram sangat, aku demo kat damia rasa sakit tu. Aku tarik sikit rambut dia. Tau pulak dia cebik-cebik sebab sakit. Tapi dah kita ni emaknya, manalah sampai hati nak biar anak sakit kan. Sikit je tu... Bukan aku dera anak okey.

Aku pun pujuk-pujuklah balik walaupun aku tahu jap-jap je lagi aku jadi balik mangsa tarik rambut tu huhu.... Dan tak lama je pastu memang si Damia buat balik perangai tarik-tarik rambut ni. Sakit tau. Walaupun Damia ni juz baby 2 tahun je, tapi kudrat dia janganlah nak pertikai. Tersentap jugaklah kepala aku sekali tarik. Haih... bagi hangin je budak ni!

Aku tak tahulah dari mana Damia dapat sikap macam ni. Seingat aku, tak pernah aku atau ayahnya tarik-tarik rambutnya tanpa sebab camtu. Walaupun untuk gurau-gurau, takde. Kecuali kalau aku nak ikat rambutnya lah. Iu pun bukan tarik rambut gaya nak bergaduh tu kan, tentulah tak sakit mana, heh.

Otak aku asyik menuduh (perbuatan ini tidak elok ye) Damia tiru perlakuan anak pengasuh Damia tu. Sebab aku memang dah pernah tengok si abang (anak pengasuh) tu agak ganas sikit main-main ni. Suka panjat-panjat. Lompat-lompat. Damia pun suka panjat-panjat sofa pastu pummm....! terjun ala-ala nak kuak dada. Kalau ada tilam atau toto bawah sofa okey lagi. Kalau takde? Maunya cium lantai mek kecik tu. Selalunya Damia buat aksi stunt tu bila aku baring-baring kat sebelah sofa la. Dia hapa lagi... henjut-henjut badan, sengih-sengih, pastu buat aksi terjunan bahaya tu. Geramlah jugak tau. Nak pikir seronok main dia je. Padahal aksi tu sungguh bahaya. Kalau aku dan ayahnya ada nampak okey lagi, kalau waktu dia lakukan aksi stunt tu kami sibuk buat kerja lain macam mana. Haih....

Sebelum ni aku asyik rasa tertekan sebab tak cukup tidur. Sekarang aku dah rasa bengang sebab makin lama makin lasak pulak Damia ni. Memanglah budak tengah lasak, suka belajar dan explore-explore, itu aku faham. Mak kucing pun faham. Tapi aku risaukan keselamatan anak je. Aduhai... Kalaulah terexcident macam mana. Kerisauan aku weh.

Ya Allah... lindungilah anak daraku itu.

Di mana saja bila-bila masa juga, amin....

9 comments:

onniey84 said...

insyallah anak kecil sentiasa di lindungi malaikat...biasala budak2 nakal...dh mmg lumrah..tk pndai pikir lg..bab tarik rmbut tu, alya pn sama naik..mnkin dorang cuma nk bergurau senda jer tu...sbb kalau oni marah, dia boleh ketawa pulakkss. haii

Bukan Bidadari said...

huhuhuhu..aha budak time ni mmg suke melasak.. ikut je org buat.. adesss... nak kate ape kan? adesss...

QuEeN Of 2 Heroes said...

damia tarik2 rambut...si darwish lg lasak,suka gigit org...cara kejut ibu dia ialah GIGIT!...sakit...huhu
pernah tau sy terjerit dlm pasaraya kes darwish gigit kat bahu time dukung dia...malu jap org tgk2,darwish lak terpinga2 terkejut...hehe :p

yantz-yeem said...

ko kna pakai tdung je la sepanjang masa kat umah..kekeke...
aku pown felik pangai aqil nie...dah sebulan duduk ngan aku ntah mana belajor nak tendang2 org...dlu x penah pon aku tgk.....bukan aku ajo pon...

NzA said...

hi.hi.hi...jd mangsa damia la nie...mmg sakit tu....
Xpelh wan, dia lasak tndanya damia sihat.....

Wansteddy Tales said...

oniey... itu le pasal. klu kita marah boleh lak dia gelakkan kita macam xde perasaan. tu psl le ted hukum sekali. pehtu mula la rs sian kan anak huhu.... seboleh2 xnk sakitkn anak kan

Wansteddy Tales said...

ema... sabar2 pn hilang sabar gak ema. bygkn tgh sedap2 beradu tu mek kecik ni tarik2 rambut, mau tak sentap mimpi aku hahaha

Wansteddy Tales said...

nadia... sama kes la jugak ni nadia. lain cara deraan anak je huhu... bygkn akak jerit memalam buta terpekik sbb sakit, tah apa jiran2 pk hahaha

Wansteddy Tales said...

k.yantz... sindrom dpt adik kot. selalunya cmtu la budak baru dpt adik. kdg2 jadi masa emaknya tgh peknen, dia pukul2 perut mak sbb marah ada baby dlm perut. jeles. selalunya budak2 ni jd cmni pas baby lahir. jeles adik dpt lebih tumpuan. diorg nkkan perhatian, buat la macam2 bagi maknya marah. ko sabo je la...