Nuffnang

Followers

Thursday, June 24, 2010

Call card wansteddy~ yang segera dan simple

Ini call card. Atau bolehlah dikatakan call card. Takde nama, takde nombor telifon, takde email dan sebarang maklumat lanjut yang lain. Pertama kerana aku terlupa. Itu yang jujurnya. Kedua kerana nak cepat.
Dalam masa 5 minit je aku taruk segala benda pastu print 3 keping dengan kertas glossy. "...." Bila dah tengok hasilnya... Barulah aku perasan serba serbi kurang dan aku menyesal tak semak betul-betul.
Ada ka patut cuma taruk blog link saja. Haih... Cuai betul. Nak print baru? Sorry la. Sayang kertas mahal tu haha. Lagipun aku buat tergesa-gesa tadi sebab kejar masa. Dalam pada sibuk dengan kerja opis ni. Sempat lagi aku nak sertai jualan sambil lewa kat bawah. Al maklum tak payah bayar apa-apa. Percuma meja jadinya senang hati nak join. Tapi sayangnya kurang orang yang datang. Adalah yang jenguk-jenguk meja tapi tak beli apa-apa... haih... Belum rezeki. Nantilah petang-petang sikit ada kot hasil jualannya.
Aku dah fedap. Kerja pejabat memanggil-manggil. Sudahnya aku terpaksa tinggalkan meja jualan. Terpaksa minta tolong kawan tengok-tengokkan jualan aku dan kawan sorang lagi. Tiada kesabaran nak berniaga secara langsung ni tau.
Lupa nak beritahu. Aku jual kad kraf buatan sendiri je. Ada bookmark dan cermin hiasan. Jualan aku sekitar RM1.00 ke Rm3.00 saja. Mahal murah tolak tepi. Yang penting aku dah tunaikan hasrat hati. Letak hasil dagangan sendiri kat meja jualan hehe...

Tengah ura-ura nak turun lagi harga.
Tak sampai hati nak letak harga mahal hurm...

2 comments:

Unknown said...

cantinye wan.. sangat cute.. wan guna photoshop ye?

Wansteddy Tales said...

chugie ~ guna adboe illustrator chugie. saya jarang design guna photoshop kecuali utk job pejabat >< sbb sazi file besar2 xlarat illustrator nk tampung ^^'