Nuffnang

Thursday, June 24, 2010

Header Wansteddy Studio


Setelah lama membuang masa rekabentuk header untuk blog sendiri. Inilah hasilnya. Ini bukan yang betul-betul. Aku sengaja tepek bagi menghilangkan rasa boring singgah blog Wansteddy Studio tersebut. Ambil saja mana-mana rekabentuk yang pernah aku buat dulu. Ubahsuai sikit siap. Kerja pemalas. Aku mengaku.
Rancangan asal aku nak gubah header yang.... hurm... nak cerita kang tak surpriselah kan. Aku siap buat skecth lagi bentuk header tu. Masalahnya masa peruntukkan untuk header sendiri selalu bertangguh. Aku buat sikit demi sikit. Sebab malas nak siapkan penuh masa. Bukan malas, tak sempat jujurnya. Perkara-perkara lain selalu buat aku pinggirkan rekabentuk header sendiri. Kesian... Nantilah. Pelan-pelan aku buat.
Buat sementara Wansteddy Studio akan beraksi dengan header seperti yang di atas. Walaupun simple, puas hati lah jugak (sejuk kan hati sendiri).
Bengang betul guna IE ni, selalu mengucar kacirkan entry aku. Susunan entry tak pernah ikut kehendak aku. Nak ulang baca entry sendiri pun kadang-kadang terasa malas dah, Haih... Kalaulah boleh guna Firefox semula. Tapi tah kenapa, komputer ni cerewet. Dia rejek firefox 3.6. Yang Firefox ni pun satu hal. Rajin sangat nak update benda alah dia sampai tak tertanggung dek komputer dah. Sudahnya terpaksalah aku berpuas hati dengan IE ni, ces...

8 comments:

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

cantik la wan...walaupun simple tapi nice...biasal aklo wat untuk orang lain mesti yang terbaik punyer..untuk sendiri dah kering idea tu yg simple je tu

AcuRose said...

Blog sendiri di anak tirikan la ni..
spt biasa.. santik dan sesuwei bangat.
sungguh mententeramkan..
nmpaknya slalu la acu lepak kt sini dan sinun..

Sari said...

tu baru malas punya header, klau rajin xtau la gempak camner...apapun tetap comey...

ibu_Arifa said...

huhu..saya pun malas jgk nak buat header baru..dok guna header thn lepas jer ni.. 2-3 hari lepas dok buat background blog sendiri, tp bila upload ke blog..xcukup besar pulak..huhui..tak jd terus klik 'x' tutup terus file tu :P

Wansteddy Tales said...

anje ~ trimas anje.

betul tu. peram lama2 pastu lupa pastu terus malas dah nak buat haih...

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ benar sekali. bukan takat anak tiri dah ni. pengabaian sepenuhnya haha... trimas Acu, jemput2 kunjungi saya selalu ><

Wansteddy Tales said...

K.Sari ~ plan nya ke lain bentuk dsgn tu k.sari. bila dah malas buat asal siap je la... hahaha

Wansteddy Tales said...

min ~ cuba cek coding background blog. kat situ boleh tau saiz wrapper keseluruhan bloh. hakak ni smpi sekarang dok peram background blog. malas dah nak godek2 sejak kehilangan widget secara besar2an dulu. huuhu serik! tu psl bila ada pelanggan mintak buatkan coding dsgn seluruh blog awal2 akak kata xsanggup. tkt jadi perosak blog org. niaya. hahaha... still study coding. pening!