Nuffnang

Followers

Friday, July 30, 2010

"Anniversary Contest by MaslinaMansor"

Happy Anniversary

Contest ini dianjurkan oleh Maslina dari blog Life... Jom kta memeriahkan contest best ni! Contest ini dinjurkan sempena ulang tahun perkahwinan maslina. Semoga Kasih sayang suami isteri ini berkekalan selamanya, amin...

Uploadkan gambar korang dan pasangan korang:
Gambar kahwin la yang paling romantik pun. Gambar biasa2 takdenya nak romantik-romantik. Lagipun susah nak cari gambar berdua. Ada pun tak romantik jugak. hahahha....

Ceritakan pasal pasangan korang:
Nama beliau Azmi. Hb berasal dari Sabah. Hb ni kategori lelaki yang pendiam, fokus waktu bekerja dan bapa penyayang.

Hadiah yang pernah diberi kepada pasangan:
Apa yeh? Yang istimewa tu takdelah. Biasa-biasa je. Aku hadiahkan beg ke pejabat berjenama John Langford. Tapi hb tak pakai sangat pun sebab ke pejabat beliau usung beg komputer mac dia je. huhu...

Ayat paling " Jiwang Karat " korang pernah luahkan pada pasangan:
Serius aku bukan minah jiwang karat hatta aku ni perempuan sensitif dan kuat merajuk! Aku geli-geli nak sebutkan kata-kata jiwang ni biarpun untuk telinga suami sendiri. Paling mengada-ngada aku cuma sebutkan "Miss U Love U" saja. Nak type ni pun aku dah mengelenyar atas kerusi! hahahha....

Cadangkan 3 hadiah:
1) Jersey kesukaan hb Maslina
2) Komputer riba
3) Henset

Tarikh tutup pada 9 ogos 2010

1 comment:

maslinamansor said...

thanks sebab join contest mas...