Nuffnang

Tuesday, July 13, 2010

Kasut

Aku nak pergi Sogo. Tapi tiap kali niat nak singgah Sogo mesti tak menjadi. Ada-ada je alasannya yang mengheret aku jauh-jauh dari Sogo. Godaan membeli belah di hati ini berjaya ditepis oleh gangguan tersebut.

Maaf takde gambar sebenar sebab takde kamera! huhu....

Bayangkan je la sendiri kasut aku. Tapi rupanya macam ni.

Maaf vector malas2 je aku sempat bikin. Malas nak bikin detail



Masalahnya aku suka beli kasut kat Sogo. Jenamanya sama ada ESARLI atau jenama NEL. Kelakarnya kalau kasut aku dah teruk dan perlu berganti. Aku mesti cari jenama dan rekabentuk yang serupa. Tidak berubah! Dua jenama ni je yang serasi dengan kaki aku yang bersaiz 7 atau 8 ni. Percayalah besar dabak kakiku! Haih... Kaki hb pun lebih kurang kaki aku je. Boleh je aku kongsi kasut dengan beliau. Kecuali kasut kerjanya. Memang aku tak sudi nak sarung hatta aku terdesak sekalipun! hahaha....


Kasut aku sekarang jenis Wedges jenama NEL. Harganya tak sampai RM40. Dan itu harga yang mahal bagiku untuk sepasang kasut. Bila aku cari-cari gambar kasutku kat website takde satu pun yang ditayangkan. Nampak sangat kasut jenis yang aku suka ni tak diminati ramai. Mula-mula aku beli dulu aku pikir nak selesa je. Dah bawak berjalan barulah aku tengok.... macam kasut makcik-makcik je yang aku aku pakai ni hohoho....


Jadinya kasut NEL makcik-makcik ini sehingga ke hari ini aku sarung dan bawak berjalan ke sana sini sampai hampir lunyai. Bahkan pergi kedai bawah rumah pun aku pakai kasut ini. Keluar berjalan, bershopping ke pejabat. Pendek kata semua tempat. Aku ni kategori perempuan yang lekat dengan satu-satu kasut pada satu-satu masa. Aku takde kasut berwarna-warni atau beraneka bentuk untuk dikenakan pada sesuatu majlis atau destinasi. Mana saja aku pergi kasut itulah aku pakai. Aku tak selesa dengan kasut lain selagi kasut ini masih boleh dipakai.


Pada ketika ini. Kasut NEL makcik-makcik aku ini dah tahapkronik perlukan ganti. Aku tak tahu dan sedar bila masanya kasut aku menyenget ke sudut kaki. Kalau kaki kiri haus banyak ke arah kiri. Kalau kanan begitulah juga. Sekali pandang orang akan kata. Cacat ke hapa minah ni. Memang semacam je kasut aku. Dan aku percaya Lady Gaga pun tak kan sudi nak cipta kasut senget benget macam yang aku punya ni. Confirm jatuh tak boleh jalan hahaha...


Tapi janganlah bersangka aku ni memilih brand sangat. Tidak kawanku. Kasut pasar malam berharga Rm7.90 pun pernah aku sarung bawak masuk pejabat. Sikit pun tak ganggu perasaan aku bila ada je mata-mata yang tala ke kasut aku yang tak berjenama itu. Yang pentung aku berpakaian selesa dan menepati selera aku. Pandangan orang lain? bergasaklah. Bukan duit dorang pun aku labur buat pakai ke kaki ini hahaha....



2 comments:

chugie said...

wan.. tak kisah lah kasut tu cam makcik2 pun, janji kita yg pakai ni selesa tau..
:D

Sari said...

kita serupa la wan..bab kasut mmg xkira brand punya, aci selesa jer,lantak la old pesen ker, xder pesen ker, janji tahan lama..ksari pun kat opis belasah selipar pasar mlm jer..5 hengget pun sedap je pkai..