Aku kena terangkan jugak kenapa aku emosi tadi. Aku tak nak timbulkan slh faham. Mulanya aku sangka kalau aku tak ceritakan lebih lanjut tak kan ada orang ambil kisah. Tapi tindakan tu buat pembaca tertanya je. Dan aku tak nak pembaca salah sangka.
Ini bukan berkaitan dengan blog. Tidak pada blogger tidak pada para pelangganku tidak jugak pada penganjur contest blog. Tidak. Aku yang buat pelanggan aku susah hati sebab makan masa sangat nak siapkan kerja. Dalam tanggungan kerja melambak dalam tangan aku terima jugak job luar. Itu silap aku. Dan aku sangat-sangat berharap pelanggan wansteddy studio sudi bersabar dengan karenahku yang lambat siapkan rekabentuk ya.
Aku emosi sebab contest luar ni. Dah laburkan duit banyak-banyak keputusannya? Bila hati sudah tenang. Aku yakin betul ini ujian dari Allah. Hari ini bukan rezekiku. Cubalah lagi. Insya'allah rezeki ada di mana-mana. Yang buat aku kesal bukan kerana aku tidak menang. Tapi kerana aku rasakan penganjur contest ini menipu. Tiada pegumuman pemenang lebih berbulan-bulan. Website tersebut pulak terkubur tanpa dapat dikesan.
Beberapa hari lepas aku tengok syarikat yang sama anjurkan contest lain. Lucunya masih dengan jenama yang sama lain produk sahaja. Dalam borang penyertaan tiada website seperti yang sebelum ini. Tiada. Dan aku amat pasti contest yang ini jugak sama dengan contest sebelumnya. Suatu penipuan!
Aku laburkan duit bukan sikit-sikit. Sanggup gunakan produk tersebut walaupun tak rela semata-mata nak join contest je.
Mahu tahu contest apa? Maaf aku tak sudi nak kongsikan di sini. Tak baik gulungkan tikar perniagaan orang. hurm...
12 comments:
produk berjenama ke kak?
nadia ~ hurm... boleh tahan. popular jugak. masuk TV dgn gahnya hehe... tp tu la. xpasti knp website dia terkubur elok2 je lepas contest dia habis ^^?
Maaf kalau Wans tersinggung dengan apa yang saya bakal katakan ni...
Sebelum saya join giveaway sebanyak2nya, saya ada buat sedikit research sama ada menyertai giveaway atau cabutan bertuah ni haram atau tidak, dikira judi atau tidak.
bila saya baca penjelasannya, saya dapati menyertai giveaway atau cabutan bertuah yang TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG PEMBELIAN adalah HALAL.
Jika kita mesti beli barang, atau bayar yuran dan hadiah dibeli dari duit yuran tu, itu dikira judi dan HARAM disisi Allah kerana ianya menyebabkan kerugian pada pihak yang membeli...
GA dan Cabutan bertuah HALAL sebab pihak yang menyertai tak rugi kalau tak menang. Rugi disini ditakrifkan sebagai kerugian DUIT. kalau peserta tak perlu keluar duit, maka tak haram.
cuba google persoalan "cabutan bertuah haram"...mudah dapat penjelasan...
kalau nak tahu lebih lanjut gi sini
http://www.zaharuddin.net/content/view/688/98/
dulu saya pun ragu2 nak sertai giveaway blog...tapi pas baca artikel tu, saya dah tak ragu2 lagi...
tp perlu gak gtau...
nnt org lain kena tipu pulak..
takkn akk nak tggu hundred people kne tipu baru nk reveal..
at least kite bole nilai..
tp kalau da msk tv tu kak.. nth la..
ade la yg xkne tu..
produk apa tu wan?...share je lah kat sini... buat pedoman kita bersama~ supaya tak tertipu lain kali..
better share kat sini + kat emenang.com , so that comper2 lain tak jd mangsa...sgt lah tak beretika tu...pls share dear..me pun nak tau..sbb me pun comper mcm u...me memang sanggup invest beli brg2 kalau nk join contest , just like u wan..
izzatul ~ selama ni join contest2 tak tahu pun hukumnya... trimas izzatul mklumkan info begini. memang satu komen yang membina. lepas ni mesti berhati-hati nak join sebarang contest, insya'allah
izzlin ~ izan ~ mam zharfan ~
trimas atas keprihatinan korang.. seboleh mungkin nk share.
susah nak kongsikan di sini. kalau nak tahu, saya juz boleh maklumkan by email je. saya pernah terlalu 'terbuka' di blog sampai komputer dan internet kena hack. itu pengajaran supaya tidak terlalu terbuka dalam dunia internet. wallahulam.
fiy : washifalo@yahoo.com
lor... gitu ke halnye. Rasanya byk penganjur peraduan yg camtu. Promote dentum dentam..last2 senyap je.
mcm2 cara mrk buat nk cpt kaya...snggup menipu...his xbaik betul.
Post a Comment