Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, July 16, 2010

Mama Zharfan 1st GA : ole2 from UK

Giveaway ini dianjurkan oleh Suziey aka Mama Zharfan. Jom beramai-ramai memeriahkan giveaway best ini!



"I follow Miles of Smile kerana... Suziey merupakan antara teman blog yang sangat menghargai teman blognya. Kadang tu dalam sehari pasti tiba kunjungan dari Suziey walaupun hanya dengan sapaan "Me jln2 sini" tapi rasa macam dekat je (bagai sembang jiran sebelah menyebelah dinding... kes nak sidai baju sempat lagi berborak kisah anak~ perumpamaannyalah). Jujurnya aku suka sangat baca kisah-kisah kemenangan contest dan giveaway di dalam blog Suziey. Rezeki beliau murah. Tak kisah pun berkongsi tips peraduan. Dan tengoklah hasil murah hati beliau, pelbagai jenis contest dan giveaway memang layak beliau menangi! Pernah aku buat entry sebelum ni dan aku nyatakan Suziey ni ibarat sumber inspirasi untuk aku join contest. Serius bila tension dengan lambakan kerja, bila aku tak dapat urus masa dengan kerja luar dan aku merungut sebab tak sempat nak join contest itu giveaway ini. Aku singgah blog Suziey. Ada-ada je entry conway baru. Walaupun jadual Suziey lebih padat dari aku. Mengajar, belajar, dalam masa yang sama berstatus ibu kepada dua anak jejaka encem! Tapi pengurusan masa Suziey lebih teratur. Kesimpulannya kenapa aku follow blog Suziey? Kerana aku merasakan Suziey kawan maya yang baik. Senang amat berkawan dengan beliau.

Takpe ye tulis panjang lebar Suziey? hehe.. Dah macam sebuah karangan, bukan slogan. Haih... saya kalau bikin slogan selalu fail! hehe...


Tarikh tutup penyertaan pada 27 julai 2010

4 comments:

mama zharfan said...

orait wan. tq for joining :) good luck!!

AyuArjuna BiGoshh said...

pehh wan...panjangnya...gluck ya...suzie mmg best!

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ trimas >< berilah saya can menang hahahha....

Wansteddy Tales said...

ayu ~ haha... mula2 dok melangut nak tulis apa ya slogan utk suziey ni. pastu bila start menaip melalut2 pulak >< saya xpandai mengarang ><