Nuffnang

Tuesday, July 20, 2010

Perlu berurut

Dah dua hari aku rasa tak sihat. Belakang badan lenguh sangat. Atas bahu rasa macam tengah pikul guni beras tiga kampit. Aku urut-urut sendiri terasa urat yang tersembul. Agaknya aku salah tidur. Tapi rasa lenguh ni meletihkan badan. Aku cepat penat dan rasa tertekan bila nak pusing kiri dan kanan. Kalau nak menunduk pun terasa sengal segala urat saraf.
Sepatutnya aku pergi berurut. Perbetulkan urat ni. Tapi hari ini rancangan nak balik awal tak berjaya. En. hb pulak sibuk. Masih di pejabat ni. Aku dah rasa nak balik je.
Kerja dalam pembikinan semuanya asyik tinggal rangka. Ada yang dah siap. Ada yang bila siap sikit, save, tinggal. Mood aku teruk betul. Kerja pejabat pulak sudah mari-mari. Pendek kata aku sudah kembali sibuk dengan urusan pejabat. Harus aku mohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang terpaksa tunggu lama sample design seperti yang aku janjikan. Banyak perkara serabutkan kepala. Aku rasa nak ambil cuti je. Sekurang-kurangnya dapat berehat. Tapi dengan timbunan kerja begini, manalah boleh nak bercuti. Silap-silap kena maki pulak kat belakang sebab cuti kecemasan. Hadoi...
Beban kerja ni aku malas nak kisah kan peningnya. Beban sakit-sakit badan ni buat aku rasa tension ni. Haih...

2 comments:

BUNGA said...

kalau perlu, pergilah bercuti.. kerja tak akan habis sampai bila2.. tp kesihatan yg olng penting kena jaga. tk care :)

Wansteddy Tales said...

Bunga ~ betul jugak Bunga. tapi saya baru je ambil cuti 3 hari minggu 2minggu lepas. tentu susah cuti nak diluluskan. tmbh pulak kerja pejabat bnyk yg urgent hurm... kne bwk bersbr sajalah ><