Nuffnang

Wednesday, July 14, 2010

Sambutan di luar jangkaanku

Wa... aku dah kecut perut tengok total visitor harini dah berganjak lebih cepat dari yang aku sangka. Mulanya aku nak letak angka 101010 sebab tahun ni kan 2010. Best je guna angka 101010 tu. Tapi kenangkan kesian pulak pengunjung nak tunggu angka tu naik. Blog ini bukannya jenis kerap dikunjungi. Entah-entah makan bulan-bulan baru sampai angka tu. Aku sisihkan angka 10.
Tapi masuk saja blog hari ni aku dah terkejut tengokkan angka yang naik mencanak. Lebih cepat dari yang kujangka. Aku bajet koman-koman sebulan kot baru la jumpa pemenang bertuah tu hehe...
Aku lak yang berdebar-debar ni. Risau pun ada gak. Sudahlah aku tengah sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Nak siapkan kerja-kerja tambahan pastu nak bikin dolly template untuk hadiah wansteddy giveaway. Kalaulah pemenang dah ada.... bertambah pening aku nak susun jadual nanti huhu....
Aku sangat terharu dengan sambutan yang diberikan. Walaupun hadiah yang aku tawarkan tak bernilai sangat (hanyalah my design) tapi ada jugak yang sudi ambil bahagian. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan kalian terhadap blog ini dan my design.
Sokongan kalian berikan aku rasa lebih bersemangat. Aku akan asah lebih banyak skil untuk membaikpulih rekabentuk aku. Sekali lagi... terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Trimas!

2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sama-sama..hehehehe

Momma Mia said...

tahniah wan... ramai peminat wan la tuh!!! we want the lucky no tuh jugak