Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, July 15, 2010

Wansteddy Giveaway Update ~ Hadiah-hadiahnya

Pagi ini barulah aku sedar rupa-rupanya aku masih belum update tarikh tutup Wansteddy Giveaway dalam entrynya. Yang aku tukar tarikh kat banner GA je. Memang jenis penganjur yang alpa, haih... Bukan sengaja. Aku terlalu memikirkan sangat perkara-perkara lain sehinggakan hal-hal macam ni penting pun aku terlupa.
Kepada yang masih belum tahu...
Tarikh tutup rasmi Wansteddy Giveaway pada 18 Julai 2010

Terima Kasih kepada mama Zakwan yang sudi tinggalkan komen tentang tarikh ini kepadaku. Kalau tidak sampai giveaway berakhir tarikh tak diperbetulkan lagi. Kepada yang belum sertai, Masih banyak waktu untuk sertai beramai-ramai. Aku tak boleh lanjutkan dah. Ini pun dah lanjutkan seminggu. Tak sedap je rasa hehe...
Return to Fairyopolis

The Mermaids Treasure


Hidden Flower Fairies


3 pemenang saguhati
The Tale of Jemima Puddle Duck


Winner Dolly in handmade craft frame IKEA
+
softcopy dolly


Penghargaan kepada kalian semua kerana sudi memeriahkan giveaway ini. Sedangkan hadiahnya korang tak tengok pun lagi. Harap cerita-cerita imaginasi dari aku je. hehe.... Aku dah janji dulu kan nak ambil gambar? Buku-bukunya dah lama aku beli. Elok tersimpan belum berbungkus lagi. Tapi disebabkan ketiadaan kamera aku dok tangguh-tangguh sampai ke sudah takde jugak gambar hadiahnya. Jadi inilah dia. Aku copypaste je muka depan buku-buku hadiah untuk pemenang ni dari internet. Semua sumbernya dari Google!

Ikut hati memang aku nak ambil gambar isinya sekali. Sebab buku untuk hadiah pertama dan hadiah ketiga berbentuk pop up. Ingin sekali aku abadikan didalam blog ini. Harganya? Tak perlulah aku ceritakan kot. Korang boleh cari kat mana-mana kedai buku di Malaysia ni dengan judul yang sama. Bolehlah tahu harga sebenar! hehe....

Cadangan tentang hadiah berbentuk Dolly. Aku akan design detail ikut spek yang pemenang nak. Kendian aku akan framekan dalam handmade IKEA frame. Pastu aku akan emailkan softcopy kepada pemenang. Dolly itu korang boleh jadikan hiasan dalam blog. Aku akan jadikan ia badge jugak. Sambil-sambil jadi hiasan blog boleh dijadikan linkblog korang sekali. Okey tak?

18 comments:

Suhana Shahril said...

Ughh..bestnya semua hadiah2 tu.kalo lah menang...tentu gembira sgt2..huhu..yelahkan..takkan nak sedih2 plak..kekeke...^_^

Wansteddy Tales said...

Trimas suhana... jomlah join! saya wish GOOD LUCK utk suhana. masih belum sempay buat kunjungan balas kepada semua peserta. harap2 saya sempat curi2 masa buat entry khas pasal senarai nama peserta pulak ><

aisyaLALALA said...

beshnye hadiah!! da join ni harap2 la murah rezeki dpt la menang. hehe. ;DD

Momma Mia said...

uuuwaaaaaaa sangat best buku buku tuh... kalo la boleh dapat semua tuh... wakaka... tetiba dtg mood tamak la plak... :) mekaceh wan

Nad @ MamaZakwan said...

hihi..welkam! :)

mama zharfan said...

bestnya hadiah2 ni :)

Wansteddy Tales said...

aisya... amin... akak turut doakan untuk aisya >< good luck ye aisya!

Wansteddy Tales said...

Alin ~ ehehe... lain buku lain storynya. tp saya mmg jenis suka buku pop up alin. saya nak berkongsi minat dengan pembaca blog ini. apa yg saya suka itulah yg saya nak kasi ><

Wansteddy Tales said...

Nad ~ nasip baiklah Nad tolong ingtkan pada saya. TQ sekali lagi Nad ><

Wansteddy Tales said...

Suziey ~ saya lupa nak maklumkan dalam entry tadi. Buku hadiah pertama tu bukan setakat kalendar. tahunnya dah ketinggalan jauh tapi intipati dlm buku tu sngtlah menarik minat saya. saya harap pemenang pertama pun suka >< ada efek bunyi2 sekali!

Sari said...

wan, nama akak ader dlm list x?heheh

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

suka2...bertuahnyer la sape yang menang nanti

Syuzana said...

bestnya hadiah....hope syu bertuah la terpilih untuk buku tu...

untuk widget pengunjung hari ni, setiap kali syu melawat blog ni, tak kuar pun...huhuhu...syu tak berkesempatan join pengujung bertuah..

PiNk ButTeRfLy said...

wow! sangat suke sebab sangat best!!

nak menang!! harap2 ade rezeki la. =)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bestnyerrrrrrrrrrr

Wansteddy Tales said...

K.Sari ~ tak semak keseluruhannya lagi kak. tp seingt wan akak mmg dah lama join kan? confirm ada ><

Wansteddy Tales said...

anje ~ sesiapa boleh jadi pemenangnya >< hehe

Wansteddy Tales said...

Syu ~ Semoga berjaya Syu.

Betul ke ada prob dengan widget akak tu Syu? Kadang2 akak tgk mmg hilang2 gak tapi bila refresh semula ada jugak. Cubalah Syu refresh tiap kali wiget tu hilang yep >< Good luck Syu!