Nuffnang

Followers

Thursday, July 15, 2010

Tuah dalam kenangan


Kucing ini milik seorang pelangganku. Comel dan kelakar sekali aksi-aksinya di dalam gambar. Sambil melukis kucing milik Ayu di dalam perisian Adobe Illustrator aku terbayang-bayang kucingku yang dah lama tiada. Tuah.

Dulu aku ada seekor kucing bernama Tuah. Bulunya putih seluruh badan. Comel sekali. Tuah kucing jantan. Tapi perangai manja sangat macam kucing betina. Tabiatnya sukakan alas tidur yang empuk-empuk. Jakun pada makanan kucing dalam kotak. Suka bermain dengan anak patung. Dan rela diri didera secara fizikal oleh ahli keluargaku.

Aktiviti mengikat reben dan dipakaikan baju serta stoking pelik-pelik dah jadi acara rutin perlu dilalui Tuah. Malah dirinya ibarat sedang memperagakan cosplay bila dengan berlagaknya jalan ke sana sini menayang pakaiannya!

Sayang sekali Tuah mati akibat dilanggar kereta! Betul-betul bersebelahan dengan rumah saya. Rasa sayu sungguh mengenangkan ketiadaan Tuah. Bahkan kami ambil masa yang lama untuk dapatkan kucing pengganti Tuah. Walaupun kucing masuk dan keluar rumah kami silih berganti tahun ke tahun, tiada yang sama dengan Tuah!


Rindu sekali pada Tuah...

No comments: