Nuffnang

Followers

Monday, August 2, 2010

Contest: Ada apa dengan nama

Contest ini dianjurkan oleh Cleoputri. Nama yang best, gah lagi gorjes! Aku suka nama pelik-pelik. Lebih terbelit lidah aku sebut lagi aku rasa kagum hehe... Kena pulak dengan nama pemilik blog ini. Beliau bikin contest pun status perah otak punya. Memang best! Memang aku tak pernah terfikir nak buat contest macam ni. Cumanya apa yang penganjur contest ni fikirkan tentang nama-nama tema Blogger memang terlintas jugak dalam kepala aku. Nak-nak jenis yang unik lagi menarik. Sampai tahap aku termenung dah fikir... Takde ke nama lain korang boleh pikir selain nama cenggini? hahaha.... Itu untuk jenis nama yang terlampau pelik la ok.

Dulu nama blog aku mummynaliya.blogspot. Nama temanya my lovely doter n me. Tapi blog tersebut dah terkubur. Aku bikin pulak blog baru. Dan inilah yang kekal hingga kini. Wansteddy. Sekarang dibahagikan kepada dua bahagian. Slot peribadi dan slot jualan online. Bagi slot peribadi wansteddy.blogspot.com. Bagi slot bisnes wansteddystudio.blogspot.com. Tapi yang aku nak share kat sini slot peribadilah. Memandangkan ianya lebih senior dari Wansteddy Studio. Ada plak gitu eq.

Nama Blogku wansteddy.blogspot.com. Nama temanya Wansteddy Tales. Ia blog peribadi. Lebih banyak memaparkan sejarah hidupku. Merangkumi jugak kisah-kisah anak daraku Aliya Damia. Kisah keluarga, aktiviti seniku dan lebih banyak pada luahan rasa. Termasuk jugak entry-entry join contest giveaway.

Nama Wansteddy berasal dari nama sebenarku dan nama tema sempena sertai geng forum Amnet. Dikalangan rakan sekolah dan pejabat aku dipanggil Wan. Sengaja aku tambah s sebab nama ketigaku Shifah. Nama penuh Wan HairulShifah. Singkatannya Wans. Di kalangan rakan forum dan blog memanggilku Ted aka Teddy. Sampai sekarang masih kekal nama Ted tu. Ketika nak tubuhkan blog baru aku termenung panjang depan pc apa nama tema yang best dan memang kena betul dengan hala hidup aku?

Aku dah tak nak letak nama anak di depan atau hujung nama. Kalau dah beranak dua tiga empat lima nanti (Wah! bagai teringin nak beranak ramai!) jeleslah anak-anak lain kan kalau nama dorang takde dalam link blog mummy dorang. Takkan tiap kali beranak aku nak ubah tambah nama dalam blog tu. Sudahnya aku putuskan je taruk nama aku sendiri. WanHairulshifah.blogspot.com? Skema lah amat. Macam dulu-dulu punya style taruk email nama penuh! hahahha.... Pikir punya pikir di depan teddy bear hadiah untuk hb aku terkenang nama tema forum dulu. Maka terpanggillah aku mengarang nama Wansteddy.

Satu entry dalam blog Cleoputri yang aku suka tengok bertajuk Cenderahati dari Korea. Aku memang suka hasil kraf dari Jepun dan Korea. jadinya baca tajuk entry je dah buat aku tertarik nak singgah baca. Lebih menarik Cleoputri siap bikin pantun khas sempena teria hadiah spesel ni. Pantun yang best dan sempoi.

Aku tag:
K.Yantz
Acurose
EmaRed

Tarikh tutup contest ni pada 8 ogos 2010


3 comments:

AcuRose said...

uh..acu kena tag..
pjg karangan nak kne wat nih
tpi nnti acu akan usahakan..
slalu pikir nak join mcm2 GA
tpi tak terbuat pun..hurmm

Wansteddy Tales said...

Acu ~ jemput join Acu. Saya pn bnyk dpt jemputan join contest GA tp xsemua dpt follow. ada yg dah tamat tarikh tutup pn tersimpan gak entrynya dalam draf. Sayang je. Tapi tu la. xyakin nk publish. nk2 bila dah confident kalah hahaha...

Cahaya cK said...

halo wansteddy, tima kasih bebyk ye. sudi gak join contest kecil-kecilan ini. hee~
rasa cam cute je nama ni. teringat tedi bear yg cute juga :)

makluman: borang peraduan ini telah pon di forwardkan kpd juri2 profesional dan juri jemputan. kpd juri awam, anda boleh mengundi dgn menaip wansteddy dan hantar ke 388888.