Nuffnang

Followers

Sunday, August 1, 2010

Posto! Posto! Gift by email

Aku dah hantar email sample dolly para pemenang. Inilah kerjanya yang buatkan hadiah bertangguh nak kirim. Hadiah semua dah siap balut. Tinggal nak balutkan sekali dengan frame je. Siap semua dolly nanti bolehlah print out dan kirim sekali. Tapi nampaknya kena hantar kepada 7 peserta saja. Dua peserta lagi belum beri detail penuh yang dikehendaki. Ada yang belum buat keputusan jenis dolly. Jadinya tak dapat nak designkan lagi.

Insya'allah kalau tiada aral, aku akan kirimkan hadiah esok atau lusa. Bergantung pada jawapan dari setiap pemenang setuju tak dengan design dolly tu. Pecah kepala jugak buat hadiah design-design ni hahaha....

Tapi aku belum serik! Ada lagi hadiah dalam bentuk design sedang menanti pemenang bertuah. Pastikan peserta yang mendapat total visitor 20'000 print screen dan email pada aku bukti tangkapan anda okey! Kali ni kalau tersasar lagi tak tau la nak buat macam mana dah. Widget aku dah taruk betul-betul depan mata! hehe...

Baru-baru ni aku asyik abaikan blog sendiri. Memanglah rasa resah gelisah sebab tak dapat nak menulis sebebas-bebasnya macam dulu. Tapi itulah. Bila aku nak menaip je, hilang segala idea yang bersarang dalam kepala. Bagai ditiup dek angin.

Semuanya sebab aku tak senang duduk selagi kerja-kerja design dolly para pemenang dan tempahan belum habis dibereskan. Itu barang-barang yang dah sah jadi milik pemenangnya masih di dalam beg simpanan aku. Maunya tak rasa bersalah? Macam berhutang dengan orang tahu.

Lebih mencabar aku asyik sibuk dengan tugasan urgent di pejabat. Bila di asak bertalu-talu dengan perkataan "Urgent! Urgent! Urgent!" Siapa boleh tahan dok melangut saja-saja depan pc kan. Nak merewang dalam dunia blog pun rasa bersalah. Bagai ada mata dok memandang kiri kanan depan belakang. Tertekannya tak payah cakaplah. Dengan rasa bersalah tak siapkan tempahan lagi. Dengan menahan hati kena perli lagi. Dan dengan rasa berbelah bagi sebab tak dapat berblog! Itu yang buat aku sengsara... wuwuwu.....

Jujur sekali luahan hari ini. Kadang-kadang kalau selindung-selindung nampak macam hipokrit kan Besah? Tak best la hipokrit Melah... Marilah kita berblog secara aman....

We Blog with PEACE!
Sila sebut ala-ala alien
Best tak ayat baru aku? Ngahahahaa....

2 comments:

eima said...

hoho aku la tuh yg belum bg design dolly tuh ...
nanti aku pk kan lagi ye ... hehe
sebenar nye nk bg ko rileks dulu ..
aku nye lambat tak pe ... tak gopoh² ..
bila last due date nk kena bg design nih ... hehe

Wansteddy Tales said...

Eima ~ Takpe ikut la bila nak bg detail. Saya cuma risau kalau Eima tunggu lama. Tak best jugak peram gift pemenang lama2. rs macam berhutang pulak ><