Nuffnang

Thursday, August 12, 2010

Damia

Dah lama rasanya aku tak paparkan gambar terkini Damia kan. Inilah boleh dikatakan terbaru. Sebab masih belum beli kamera, jadinya tak dapat ambil gambar sesuka hati macam dulu. kalau dulu pantang lepak-lepak saja aku snap-snap gambar anak aku tu. Tapi sekarang... wuwuw...... Sedih mengenangkan kameraku. Kalaulah menang contest berupa kamera alangkah indahnya hariku.
Damia menikmati teh bunga dengan penuh kusyuk.... Kamera ini ehsan dari my big boss. Beliau beri hb pinjam sebab hb nak buat liputan gambar bahan-bahan publisiti sekitar utara. Berjoget aku ambil gambar Damia dengan kamera semi auto ni.
Lokasi: RNR Sungai Buluh. Dalam perjalanan ke arah Utara. Kami singgah banyak destinasi sebab liputan bergambar ni meliputi bahan-bahan publisiti dan beberapa suasana atau kegiatan ekonomi sekitar bahagian Utara. Bahan-bahan ni boleh dimuatkan dalam rekabentuk kerja pejabat nanti.

Sambil menyelam minum air. Kami berhenti singgah di Taiping. Hb ambil gambar permandangan di sini. Lepas makan tengahari kami lepak-lepak kejap bawa Damia tengok laut. Ada juga keluarga yang mandi-manda di sini. Aku tak galakkan la nak mandi, sebab air lautnya berkeladak. Apa nama tempat ni? Aku pun tak ingat. Maaf la.

Layan bayu laut. Bestnya kat sini makan udang besar-besar dan segar-segar. Aku tak berani nak tibai banyak-banyak. Risau alergik. Lepas ni destinasi kami ke kampung aku kat Gerik. Masa tu la aku cuti panjang kat kampung baru-baru ni.


16 comments:

MRS. K said...

eh, saya orang taiping.. tapi saya tak tau pulak kat tepeng ada laut... huhuhuhu...yang tau kat perak ni laut kat lumut jer

tu kat bagan serai kah?
parit buntar?
bukit merah?

onniey84 said...

alahai wan...damia dah besar..dah tembam..boolat jugak dia sekarang,,

Ema said...

wow...chubby nye damia.. hahahaha

Wansteddy Tales said...

mrs.K ~ alah salah type la yang... nk ckp kitorg odw nk ke taiping. itu la. xingt apa nama tmpt ni. singgah makan n lepak2 je hehe

Wansteddy Tales said...

onniey ~ boleh tahan jugak. tp xnk minum susu pening kepala lyn karenahnya ><

Wansteddy Tales said...

ema ~ ikut dia jugak ema... kdg2 turun gak berat bdn tu ^^'

mama zharfan said...

chubby & cute ur damia ni ;)
me pun masa kamera rosak rasa desperate giler ;) rezeki menang camera masa awal thn ni ;)
kat UK digicam agak murah compared to msia ;) me selalu survey2

Momma Mia said...

Asal nama Damia rasanya mesti bam bam la wan ek... chomel aksi layan air ruh... tangkap leleh laaa acik...

maslinamansor said...

Cubby nyer damia... :)

Wajah damia persis wajah siapa yer?

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ dulu masa abg saya kursus kat france pn dia beli kamera dgtl senang2 je. saya ingtkn klu kt luar negara lg mahal >< saya ni harap2lah menang hadiah kamera lak lepas ni. xsanggup dah nk beli. yg rosak baru ni hampir rm1000 laburkan rosak macam tu je huhu

Wansteddy Tales said...

MommaMia ~ hehehe... itu la, kuta minum teh, susu xmau. dlu full BF, ble dah berhenti terus xmo nyusu dah. susah hati dia xnk mnm susu ni alin ><

Wansteddy Tales said...

maslina ~ klu kwn2 sumer kata ikut ayahnya. tp klu ayahnya kata damia ikut muka opahnya! hahaha...

gewecun said...

tomeinya damia...

kakyong said...

wans,
lain benor dah muka si aliya damia nih... yg pasti putih gebu... sedap buat polok2... peluk cium dr makcik sikit...

Wansteddy Tales said...

gewecun ><

Wansteddy Tales said...

kak yong ~ ikut musim jugak tu k.yong. eczema damia masih on off. kalau dtg alergiknya habis merah2 muka ><'