Aku tak tahulah nak ketegorikan perasaan ni sebagai apa. Pelik ada, kelakar ada, bengang pun ada. Tapi iye pun aku tafsirkan aku bingung je la. Bukan bangang punya perasaan tau hahaha...
Aku dah lama perasan akan situasi ini (owh, skema!) tapi aku ignore je sebab aku rasa kalau benda kecik-kecik tak perlu nak diremehkan. Tapi bila kejadian berlaku di kala mood aku tengah bergelora dan aku pulak sangat sibuk dengan pelbagai kerja harini. Mulalah aku terpanggil nak menulis pasalnya. Nak-nak takde topik lain aku nak bangkitkan hari ini.
Aku pelik dengan sikap sesetengah staf dari bahagian lain. Kalau berurusan dengan staf lelaki bahagian aku ni... baik-baik saja. Cakap pun meriah dengan pelbagai cerita. Aku yang duduk di selang meja dari staf lelaki tu pun kadang-kadang naik berbulu telinga. Cukup-cukuplah... pergi balik meja ko balik sambung buat kerja. Memekak je kat tempat orang lain. Rimas tahu! Kita dengan tugasan berlambak lagi ni mulalah rasa tension dengan suara gegak gempita tu.
Ada juga spesis kalau bercakap dengan lelaki... suara lemah gemalai. Ayat-ayat puitis yang manis-manis. Ketawa pun ala-ala ketawa soprano. Pendek kata ciri-ciri wanita sejatilah. Tapi bila kala berurusan dengan staf perempuan pulak sikap dorang berubah hampir 100%. Takde nada lembut, takde ayat-ayat sopan dan lain-lain lagi. Kalau tidak pun aku rasa terlalu sopan atau terlalu skema. Takde kemesraan macam yang ditunjukkan untuk staf lelaki.
Pernah tak korang berhadapan dengan spesis macam ni kat pejabat? Kalau kena kat aku selalunya dari bahagian lainlah. Bahagian aku, aku tak kisah sangat. Sebab dah kenal hati budi dorang. Kerja dah 6 tahun kan, mustahil tak kenal peel masing-masing. Tapi yang sekali sekala datang ni, yang tak dikenali ni... pilih bulu jantan je. hahahha...
Ops! keterlaluan sudah. Bulan puasa ni, tengah puasa lagi. Bawa bertenang... hehe... Ok ok, aku nak kembali pada rutin kerja. Maaflah tak dapat blogwalking banyak tempat. Terlalu sibuk. Panggilan telifon pun aku tolak ke busy dan kirim sms aku tengah sibuk. Lebih baik macam tu. Kalau aku layan sangat dunia blog ni tak terbuat kerja aku nanti huhu....
Takpelah, dah menulis banyak ni pun dah rasa puas hati. Keluar rasa terbuku kat hati ni hehe...
"Aku"
spesis gian menulis,
sebab kurang bercakap
tapi gemar membebel.
6 comments:
hehehe.. macam2 kerenah dan perangai bila ramai sangat staff kat pejabat kan wan?
chugie ~ benar sekali ><
biasalah manusia wan..kena byk2 sbr :)
mama zharfan ~ hehe.. teremosi harini. ramai sngt tgh emosi kat opis skrg, terikut sekali ><
wans,
gitu lah kerenahnya alam bekerja dgn manusia... ;)
kakyong dah lalui nya dulu... anggaplah itu pelajaran buat wans.. supaya wans tak jadi mcm diorang...
k.yong ~ betul tu. saya selalu rasa layanlah org sama rata bukan pada pangkatnya, jantinanya mahupun kaum dan warna kulitnya.
tp kat dlm pjbt sendiri sibuk war2kan 1malaysia. tp sikap dorg sndiri xamalkan apa yg dipalu2kan tu. macam tin kosong.
Post a Comment