Nuffnang

Sunday, September 19, 2010

Digital IXUS 130

GooGle

Inilah harta terkiniku. Aset penting untuk ambil gambar seluruh keluarga. Paling penting kegunaannya untuk isi borang contest! Kakakaka... Niat je macam dah tak senonoh sekali.

Hakikatnya kegunaan kamera ini bagai menghidupkan kembali mood nak berjalan aku. Dan mood nak join contest bergambar.

Bayangkan hari-hari bawa anak bersiar-siar tanpa kamera. Bila tengok telatah anak berjoget sakan takde kamera nak rakam adegan tu memang menyentuh hati. Nak harapkan kamera henset aku yang 2mb tu je? Tak payah la... Kegunaan kamera henset tu untuk kes-kes kecemasan je atau kes-kes terdesak di kala takde kamera. Kalau saja-saja aku malas nak guna kamera henset tu. Gambar pecah, gelap, hasil tak best. Bukan guna blackberry pun huhu...

Lebih sadis aku ni suka ambil gambar spontan. Gambar aci seksi tanam pokok pun aku ambil. Bukan untuk tujuan pronografi okey. Aci tua dah pun. Tapi nilai estetika ekspresinya tu yang mahal sekali. Kalau aku suruh sesiapa berlakon tanam pokok mana natural dah aksinya. Lagipun takde nilai artistik. Kakaka... gitu sekali. Tah apa-apa tah jenis gambar aku ambil ni.

Tapi masa nak bayar-bayar tu hati aku masih merenung sayu pada DSLR Nikon idaman hati.... Dah lama kepingin nak beli. Siap aku ambil gambar mek Damia bergaya sakan dengan kamera DSLR tu. Tapi kenangkan saiznya yang besar dabak aku tak jadi beli. Aku beli mana yang perlu dulu. Betul pun. Kalau ikutkan kepuasan aku memang nak DSLR. Tapi aklau ikutkan kemudahan kamera digital lebih baik. Is kecil, lagipun IXUS 130 ni dipelbagaikan dengan kemudahan dan fungsi yang menarik. Dibandingkan dengan IXUS 300, aku rasa IXUS 130 ni lebih berguna. Lebih kecil dan fungsi yang lebih bagus. Kelebihan IXUS 300, semi touch screen. Tapi tak semua icon oleh disentuh muka secara bebas. PAda aku kalau seatkat nak bentuk dan warna cantik tapi fungsinya kurang memberangsangkan tak payah kot. Harga pun lebih kurang je. Lebih baik beli yang serbaguna. Pendapat aku...

http://www.blugga.com/wp-content/uploads/2010/03/Canon-IXUS-130-3.jpg
http://www.blugga.com/wp-content/uploads/2010/03/Canon-IXUS-130-2.jpg

Ia lebih nipis dan ringan. Aku sisipkan kat poket pun tak rasa tebal sangat macam kamera canon aku yang terdahulu. Dan untuk pengetahuan kalian, setianya aku dengan jenama Canon ni, ini dah masuk kamera digital Canon yang ketiga aku beli. Kamera pertama masih dalam simpanan pusat baik pulih Canon, aku malas nak ambil sebab kos baikpulihnya sama dengan je kalau aku beli kamera digital sama siri yang lain. Kamera kedua dah selamat simpan dalam almari sebab kong secara mutlaknya masuk dek air. Pastikan kamera anda kalis air hahhahaa....

Nak tahu lebih lanjut tentang fungsi Canon IXUS 130 ini? Sila klik link yang di sebelah. Bolehlah tengok sendiri keistimewaan kamera digital ni. Aku malas nak cerita lebih lanjut. Tapi keistimewaan yang ketara fungsi lensa miniature dan fish eye memang best!

ps: Kamera aku kaler pink seperti yang di atas. Ia seksi. Ia comel. Gasaklah laki aku tak suka pun muahahahaa....

14 comments:

mama zharfan said...

bestnya kamera kaler pink!!!

mummy_ayu said...

cantik tu....kalu ayu pun pilih yg pink ..cute..tapi confirm hubby tak nak ..he he he

Mawar Merah said...

Pink la cantik Mommy Teddy. Trademark girls/women. Saye pun tgh terpikir2 nak bli camera baru-jenis DSLR. Ingat nak wt part time camerewomen la. Lgpun, tgh kosong2 ni la boleh lasak2. Kang dh ada anak dh kurg masa utk bekerja.

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ pueh hati >< tp hb xtau la apa rasa hehe

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ kekeke... hb kata ikut suka mommy la. ada je pilihan oren n pink tp dah hb kata ikut suka lagiii senang hati hehe

Wansteddy Tales said...

mawar merah ~ kawan saya cdangkan kalu nk sambar DSLR better NIKON. tp chinese suka CANON. kalau baca dlm katalog kamera pn ramai cadangkan CANON. Saya kalau beli DSLR tak target utk biz utk suka2 je sbb tu pk bnyk kali nk beli DSLR. next target la kiranya haha...

Cute MuM said...

Memang pakai DSLR lagi puas hati... Cute Mum suka guna jer ..tapi Daddy yang bawa..Berat...

♥♥syahadah♥♥ said...

tak boleh jadini..jeles..
camera aku dah lama lah..ternampak dah blur2...
bilalah cik abe nak menukar ni//nak join contest gak..

Ema said...

cantik nye pink lagi...

qasehadam @ nurul said...

saya guna olympus hok buleh jatuh n masuk lam air tuh..tp still xpueh hati sbb gambo ade je hok gegar2..syg sgt nak2 kalo snap aksi si kecil

Wansteddy Tales said...

Cute Mum ~ itulah kesnya malas nk ambik DSLR dulu. payah kalau incase nak jalan2 je nk bawa DSLR kena hangkut beg dia sekali. dah berbeg-beg berjalan nnt hahaha

Wansteddy Tales said...

hada ~ aku masuk contest belom lagi menang hadiah kamera DSLR. Beragan je lebih ni ha... dah lama dah aku hidup tanpa kamera sedih wooo kenang hari2 tanpa kamera ni hahaha.. kemaruk sngt kat kamera ><

Wansteddy Tales said...

Ema ~ IXUS 300 lagi cantik. warna hitam merah. cun sngt2. aku suka bentuknya tapi design je tak cukup. fungsi IXUS 130 ni lebih baik. lebih nipis & ringan ><

Wansteddy Tales said...

nurul ~ best eh ada kamera kalis air. next time nurul berli yg ada icon fungsi kids action. bila ada movement xde imej blur2. setahu saya olympus pn ada satu fungsi ni siri yg mana tak ingt pulak. betul salah wallahualam... baca info ni dah lama dah. myb tersalah info dgn jenama kamera yg lain