Nuffnang

Saturday, September 4, 2010

E-card Raya from wansteddy's family


Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin.


Maafkan segala ketelanjuran kata sepanjang aku berblog. Kadang kala aku menulis bila rasa tertekan, marah, sedih dan terlalu gembira. Justeru mungkin ada bait kataku menguris rasa. Seandainya aku pernah menguris hati dan perasaan kalian, maafkanlah. Seandainya aku masih berhutang tugasan dan hadiah pada kalian, harap dimaafkan. Tugasan dan amanah itu wajib aku laksanakan. Harap dimaafkan segala kelemahan kerjaku yang menuntut masa kalian menunggu lama. Maafkanlah.

Manisnya ramadhan ini aku mula belajar menguasai facebook. Walaupun ia cuma medium tambahan, aku cuba mengeratkan semula hubungan silaturrahim yang suram. Rakan taulan yang lama tidak dihubungi. Andai ada salah silapku di masa lalu pada kawan-kawan, harap dimaafkan. Kalau kita masih hidup dengan kenangan silam yang pahit, kita takkan mengubah apa-apa dalam diri kita kecuali hiudp dalam rasa tidak selesa. Semoga jalinan silaturrahim dapat memberi makna dalam hidup kita masa kini dan masa-masa seterusnya, insya'allah...

Pada kawan-kawan yang ingin meletakkan e-card ini di dalam blog kalian, jemput copypaste code di bawah dan letakkan di dalam code HTML blog anda. Semoga Syawal yang bakal menjelang memberi rahmat pada kita seluruhnya, amin....

Code kad raya wansteddy:

Kad raya

7 comments:

h4ni3 said...

cantiknye!!

selamat hari raya juga utk wan, hubby n damia
hati-hati dijalanraya k!
=)

Izyan Nadiah said...

cute.selamat hari raya maaf zahir & batin :)

mummy_ayu said...

cantik...ayu amik nak gantung kat blog nie...nanti amik kad raya ayu yer..header raya pun chantik..
i like!!!

AcuRose said...

comey dan cantik nye..
purple kita raya ni eh..
Selamat Hari Raya wan, dan maaf kalau ada tutur kata yg kasar ye.. ;)

EiJa ZaQuaN said...

Selamat Hari Raya ..Maaf Zahir Dan Batin..Eija amik ye kad raya yang sweet ni ..:))

ibu_Arifa said...

saya dtg kutip e-kad ni..

selamat raya juga buat kak wan sekeluarga :)

fiza said...

Comelnya e-card nih. Selamat hari raya utk wan & family.