Nuffnang

Followers

Sunday, September 5, 2010

Aku yang SUKAR DIFAHAMI

Mengenali seorang aku memang buat orang rungsing. Ramai yang tak memahami aku. Secara jujurnya aku akui susah untuk orang fahami aku. Nak-nak ketika di alam remaja. Waktu sekolah. Menuntut di universiti. Ketika zaman kita mencari identiti diri. Ketika ramai belajar cara pembawakan diri.

Aku di alam remaja terlalulah suramnya. Kalau aku duduk dikalangan 100 orang, mungkin takde siapa perasan kelibat aku. Kalau aku duduk dikalangan 50 orang, pun masih takde orang perasan aku. Kalau aku duduk dikalangan 10 orang pun sama, takde orang perasan aku. Begitu juga kalau aku duduk di antara 5 orang, takde siapa peduli kewujudan aku. Itu bukan bermakna aku ni makhluk paranormal yang orang boleh telus dinding sampai tak nampak aku. Tapi lebih kepada tafsiran tentang nilai kewujudan aku. Ada yang macam takde.

Bukan setakat kawan-kawan biasa, kawan rapat pun pernah persoalkan tentang aku. Bahkan ada juga kalangan keluarga yang buka isu yang sama. Pernah terjadi salah faham sampai kes tarik muka sebab masalah aku ni. Lebih jujur, aku pun tak faham apa yang aku nak kan.

Kalau korang tengok nyonya tua duduk tepi jalan sambil melukis sesuatu pada buku lukisan. Tegur-tegurlah. Sebab ada kemungkinannya itu aku. hahahha.... Bolehlah kalau korang nak imaginekan siapakahlah gerangannya akan si Wansteddy ni. Aku mentafsirkan beliau sebagai orang yang sukar difahami.

Sebenarnya aku sendiri tak selesa dengan sikap negatif macam tu. Terlalu memikirkan sangat tentang kesan dan akibat. Aku tak pandai luahkan perasaan melalui kata-kata. Bila aku bertutur aku rasa patah yang keluar boleh menaikkan amarah orang. Aku tak pandai sulam kata dengan bicara yang manis-manis. Sebab aku terlalu jujur sampaikan sesuatu. Orang tak suka tabiat macam tu. Sebabkan sedarkan perkara tu, aku selalu ambil pendekatan: ambil masa nak beri tindakbalas. Contohnya bila orang mula bercerita tentang kisah dorang, aku cuma mendengar. Kurang menyampuk. Ada pun aku selangi dengan perkataan "Owh.... Yeke.... Macam tu....." Terlalu boring untuk diajak bergosip. Lalu aku sedar diri kesan akibat kurang berikan maklumat gosip kita dengan mudah dipulaukan rakan taulan.

Pernah terjadi orang persoalkan sikap aku yang terlalu berahsia. Kata-kata tu timbulkan persoalan yang maha besar dalam hidup aku. iye ke aku ni seorang yang berahsia? Aku tak tahu apa nak diceritakan tentang kisah hidup aku pada kenalan. Aku bukan kategori manusia yang banyak isi cerita nak diborakkan. Mendengar iya, bercerita mungkin sukar buat aku. Jadi rata-rata fahamkan yang aku ni jenis suka berahsia. Tapi jujurnya aku ni memang penyimpan amanah rahsia yang bagus. Itu bukan kategori masuk bakul angkat sendiri. Tapi aku rasa aku punya sikap yang sama macam abah. Tak elok kita dedahkan amanah yang diminta rakan supaya kita rahsiakan rahsianya. Itu tanggungjawab sebagai kawan kan. Tapi aku pun tak faham bila ada juga kawan yang jenis tak boleh tidak, mesti bercerita hal ehwal rahsia orang lain hatta kisah peribadi keluarga sendiri yang sebaiknya dirahsiakan. Tidak ke terfikir kalau kita ceritakan rahsia kawan tu sama macam kita aibkan dia?

Berbalik pada sikap aku. Ketika di zaman belajar kat sekolah aku punya sikap menyendiri macam tu. Pernah secara jujur aku dengar kawan sekolah aku cakap "aku tak suka dia." Tujukan kepada aku. Dan aku tak tahu pun salah silap aku padanya. Tapi aku suka kawan tu sebab dia berlaku jujur pada aku. Setidak-tidaknya aku tahu bawa diri bila berkawan dengan beliau, kan. Baiknya dengan kejadian tu, aku dan kawan yang tak suka aku tu tak pernah bergaduh. Kami baik sampai sekarang. Cuma dah lama tak berhubungan. Aku kira sepanjang kenali beliau tak pernah wujud bunga-bunga pergaduhan sesama kami.

Ketika belajar di UiTM pun aku masih terbawa-bawa sikap di sekolah. Nak-nak aku jauh dari keluarga. Belajar di Melaka mak abah kat Perak. Kadang-kadang aku rindu sangat kat keluarga sampai aku jadi down sangat. Nak-nak zaman awal 2000 mana ada henfon. Ada pun Nokia cap kurun ke berapa tu. Itu pun mahal giler. Nak beli sim card pun aku teguk air liur berkali-kali. Jenis perempuan berjimat. Nak keluar duit RM100 pun aku rasa sayang. Budak-budak sekarang terlebih untung. Umur baru 2 tahun dah ada henset sendiri. Tak percaya tengoklah Damia. Dah sedia ada dua henpon takde sim card dan bateri. hahahhaa....

Belajar kat UiTM pun aku masih kurang diterima kawan-kawan. Pendek kata aku yang rasakan macam tu. Kadang-kadang sedih juga bila ada yang menyampai kat aku si polan dan si polan bergosip pasal aku. Yang aku kesalkan tentang si penyampai la. Kalau dia tak sampaikan kisah gosip ni mungkin aku tak terasa hati sangat hehe... Sebab tu sampai sekarang aku tak suka unsur-unsur provokasi sesama rakan. Rasa nak tegur je janganlah sampaikan perkara yang tak elok. Nanti orang benci, kamu juga yang susah. Tapi aku tak sampai hati nak cakap. Si polan ni dah beranikan diri sampaikan ceritapun dah cukup bagus.S ekurang-kurangnya kita tahu cara bawa diri kendian hari kan.

Masuk alam pekerjaan pun aku masih macam tu. Hidup dalam kesuraman. Kurang rakan. Kurang kenalan. Yang ada di sisi aku itulah kawan. Kalau dorang menjauh tinggallah aku sorang. Lama-lama aku tahu aku tak boleh bergantung pada orang lain. Perlu berdikari.

Namun sewaktu mengandungkan Damia corak perhatian aku pada dunia ni berubah hampir 100%. Aku nampak semua perkara dalam pelbagai sudut dan perspektif. Bahawa hidup ini kita punya pilihan. Kita boleh pilih nak teruskan hidup dalam keadaan mendung atau mula mengorak langkah kepada peribadi yang lebih baik.

Di situlah bermulanya hidup aku dan forum. Aku kenali ramai rakan hebat. Dorang beri banyak sumber inspirasi. Banyak beri galakan dan dorongan terutama libatkan soal anak. Kenali rakan-rakan forum buat aku terasa aku 'hidup'. Terima kasih pada dorang aku gembira hadapi hari-hari aku seterusnya. Di dunia maya forum aku kenalkan diri sebagai Teddy. Bagi mereka aku ni makhluk suka buat lawak. Hakikatnya aku suka berlawak cuma tak tercapai dek akal orang lawak itu bila aku sampaikan melalui kata-kata. Mungkin kerana tone suara aku yang tidak merdu. Atau pada tone bahasa yang mendatar lagi membosankan. Menulis tu sampai pulak.

Aku dapat tips berguna cara mengeratkan hubungan sesama rakan. Iaitu dengan cara menulis. Masa tu gigih aku belajar cara-cara berblog. Terima kasih pada Hadani dan Maya. Merekalah antara tonggak utama keberanian aku mula berblog. Seterusnya aku banyak menuntut ilmu berblog melalui K.Yantz. Percaya atau tidak kerana blog lah aku kembali berkawan dengan K.Yantz. Alhamdulillah banyak hikmahnya bila aku teruskan minat menulis ni. Penerimaan rakan-rakan maya buatkan aku rasa lebih hidup. Walaupun tak pernah bertemu muka, sembang secara dua hala. Tapi aku dapat rasakan keakraban yang bukan dibuat-buat. Hakikatnya aku sayang semua kenalan blog aku. Sayang sekali. Rasa rapat sangat nak-nak bila aku down, bersedih, marah... adanya mereka berikan galakan. Bila aku sibuk, penat, mengeluh adanya kata-kata perangsang dari kalian. Terima kasih. Aku sangat-sangat terharu dan gembira dengan perhatian yang diberikan.

Aku tak pasti orang lain. Tapi aku rasa aku jujur dengan tiap bait yang kutulis. Aku suka orang yang jujur. Masakan aku pulak harus bersikap sebaliknya kan. Jadi kalau pembaca blog ini baca kisah-kisahku. Memang banyak yang merapu tapi semuanya luahan hati aku. Tidak sekali-kali aku ada-adakan cerita. Kecuali untuk tujuan melawak.

Terbaru kerana facebook aku kembali jalinkan hubungan dengan rakan-rakan sekolah dan UiTM termasuk rakan sekerja yang dulunya pernah sepejabat. Perkara yang buatkan aku tergelak. Ada juga dengan jujur katakan pada aku. "Gembira tengok ko dah berubah Wan. Aku seronok tengok ko macam ni" Kata-kata ni dari teman yang rapat tak rapat sangatlah dengan aku. Tapi hanya kerana ayat itu saja buat aku tersenyum. Ye aku bahagia. Rasanya tak salah jika aku yang ambil peluang dekati mereka. Supaya dorang kenali aku. Diri aku yang sebenar.

Ye... susah nak fahami aku. Tapi aku bukan punya dwi personaliti. Cuma aku seorang yang sukar difahami. Diharapkan dengan membaca kisah-kisahku mereka akan rasa lebih dekat dengan aku. Sebab aku tak pandai meluahkan melalui kata-kata. Hanya dengan penulisan ini boleh buat mereka lebih fahami aku. Insya'allah...

ps: aku tukar tajuk entry ni dari: Korang kenal ke AKU? kepada tajuk di atas. Tajuk mula-mula tu bunyinya macam bongkak je hehe... Walaupun aku takde niat nak pamerkan sikap sombong tu.

7 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

setiap org berbeza.kadang2 kita rasa itu kelemahan kita tapi ada org yang pandang itulah kelebihan kita tau

sebab tue wan sesuai keja dgn komputer kot hehe... org keja dgn komputer ne mmg kurang bcakap. mcm ila pun amik sc komputer mmg kurang bcakap dulu.lebih banyak senyum tapi sekarang keja mesti umpa public so belajar jugak ramahtamah ne..hehe

hubby pun jenis berat mulut eloklah tue haha

Mama Zharfan said...

now me dh lebih paham u..even di alam maya pun.. :)
different people different personality kan..tu uniknya ciptaan Tuhan :)
me pulak, personality online = offline..me jenis friendly and peramah kalau me dh selesa berkwn dgn org tu lah..me tak ramai jugak kwn, tp me ada few best frens yg buat hidup me ceria...kwn2 ex-course mates +ex-collegaue kat UOB pun still me keep in touch, tp kwn2 biasa ajer..time reunion memang bestlah..last 2 years wealls buat reunion gathering raya kat umah me :) life is short wan, so try to enjoy every single moment yer :)

AcuRose said...

pendiam gak wan ni eh.. tpi skrg acu tgk PR wan da marbeles.. tiap ari ada cite baru..idea pun meluap2 dah tu.. org ckp diam2 ubi berisi, skang smua nya dah terkeluar kan.. keep it up wan :)

Wansteddy Tales said...

Baby ~ saya masih berhutan dgn Ila... ikhlas saya mintak maaf sngt2 yek ><

mungkin juga. sbbkan peel sya yg macam tu masa stay kat asrama saya dilantik sbg ketua AJK Disiplin. Padahal saya ni haram tak jaga protokol hahaha... myb dorg tgk muka minah ni bengis. sesuai jadi org kuat disiplin asrama. musykil jugak masa dipilih jadi ketua AJK tu. mcm org perli je hahhaa...

rsnya kita ni sama dgn la kisah hidupnya Ila. hehe

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ setuju. kadang2 bila lepak saja2 tgk karenah org buat saya terfikir. Betapa besarnya Kebesaran Tuhan. Dia hasilnya umat manusia dgn pelbagai rupa, peel dan bakat. semuanya unik2 belaka. xsemua boleh jd org lain. mencuba utk jadi mungkin tp nak jadi mcm org lain mgkn tak dpt. perbezaan tiap perincian tu tetap ada. trimas atas galakan K.Suziey. bnyk lagi yg perlu saya perbaiki diri. ini kiranya macam fasa baru dlm hidup saya. perkembngn yg lebih positif. insya'allah...

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ rata2 kawan kata saya ni sombong acu huhu... dorg tak tau sbnrnya saya ni pemalu. kalau berjalan kemana2 saya fokus ke dpn je xtoleh dah kiri kanan. mmg kelakar bila dikenang2 sikap dulu. sbb tu ble ada yg kata saya dah berubah rasa kelakar pulak ><

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hutang??tak kisahlaaa...
ala takpe kalau apa2 jadi kat saya masa raya pun saya halalkan..hehe