Nuffnang

Followers

Tuesday, September 7, 2010

Hadiah untuk MAK & INAK

Hari ni puas berborak dengan rakan lama kat facebook. Memang sayu hati aku kenang-kenang kisah lalu. Alhamdulillah hubungan terputus dulu kembali terjalin. Besarnya rahmat bila kita mohon maaf dengan penuh keihklasan. Sesungguhnya nikmat perasaan gembira yang Allah kurniakan pada Ramadhan ini benar-benar buat aku rasa terharu.
Contoh je aku lukis

Raya tahun ini tema pakaian kami berwarna ungu. Kalihkan perhatian sekejap soal baju. Aku nak ceritakan hadiah raya untuk mak dan inak (panggilan mak untuk ibu hb). Tahun ini terkabul niat aku belikan hadiah handbag untuk kedua-duanya sekali. Pada asalnya aku rancang nak tukar voucher Club 21 dengan handbag untuk aku, mak dan inak. Kalau dapat untuk kakak dan item-item lain lagilah aku suka. Al maklum pada aku duit sebanyak RM 1500.00 boleh beli pelbagai benda. Tapi.... untuk sebuah handbag berjenama sahaja cecah ke angka Rm1000 ke atas. Kalau pun ada yang murah dalam RM500 ke atas jugak. Rugilah kalau aku beli handbag berharga RM500 tapi corak dan bentuknya... tak cantik. Dan mungkin tak sesuai dengan selera orang tuaku.

Selepas aku dapatkan handbag untuk diri sendiri, aku pasang angan-angan belikan handbag untuk mak dan inak pulak. Tolak angan-angan hadiahkan untuk kakak. Kopak aku nanti. Sudahnya 2 minggu lepas ketika mak datang beli kain pasang untuk majlis Khatam Quran kat kampung, aku ambil ksempatan belikan handbag untuk mak. Sudah semestinya makan masa nak pilih. Mak ni selera matanya fokus tang mahal-mahal je. Bila dah tengok senarai harga dia tak sudi nak terima pulak. Sudahnya aku ambil tindakan drastik, sorok tanda harga, pejam mata, hulurkan kat dia handbag. Tanya mak suka ke tidak. Kalau tak, aku cari lagi yang lain sampai jumpa. Hari itu terlaksana impian belikan handbag baru untuk mak. Jenama POLO dengan harga RM300++. Jumlah tepatnya tak perlulah diberitahu, tapi lepas sales hampir-hampir ke RM200 jugak le hehe...

Seterusnya minggu lepas barulah aku berkesempatan belikan handbag untuk inak pulak. Kali ni aku cari jenama Carlo Rino berharga RM200++. Selepas sales dapatlah dengan kadar RM100++. Alhamdulillah harga yang berpatutan. Aku harap inak suka dengan handbag pilihan aku tu. Kalau inak boleh pilih sendiri lagi bagus. Tapi aku jamin inak mesti buat sama kes dengan mak. Tak nak terima pemberian handbag aku sebab harganya mahal-mahal belaka.

Handbag Inak sudah dikirm semalam. Harap-harap sempatlah inak memakainya ketika raya. Harapan aku inak tak berikan pada anak-anak yang lain hehe... manalah tahu kot ada yang berkenan, pastu mak aku pulak tak sampai hati diberinya juga. Oh, janganlah... Itu hadiah untuk inak... Semoga Inak suka dengan pilihan yang diberi.

Mahal atau murah tolak tepi. Target aku... mak dan inak suka dengan handbag yang dipilih. Dan paling utama aku nak mak dan inak merasa pakai handbag berjenama. Selama ni aku tengok dorang kenakan beg tangan yang entah apa-apa je. Yang terompong pun ada. Mak aku siap bawa beg UMNO masuk majlis. Sedih je bila tengok geng-geng perempuan yang bergaya sakan, bila tengok mak sendiri macam terabai je. Inak pulak pernah pakai handbag tercabut tali. Ke mana-mana beg itulah yang dia angkut. Masa tu nak belikan dia handbag baru terus dia tolak. Tak nak membazir katanya. Dalam hati aku sedih kenangkan mak dan inak. Lebihkan anak-anak dari diri sendiri.

Aku ceritakan kat sini bukan sebab aku nak riak. Aku beli beg mahal untuk mak dan mak mertua aku bukan untuk tunjuk lagak. Tidak sesekali ada niat nak berlagak. Cuma aku nak berkongsi rasa dengan pembaca. Selagi ada masa dan peluang, hargailah ibu bapa kita. Gembirakanlah hati mereka. Walaupun ia mungkin.... menuntut wang dan masa serta tenaga anda, tanggungjawab tetap perlu diutamakan.

Bayangkan perasaan bila tengok mak kita gembira dengan hadiah yang diterima. Dalam hati tentu dorang rasa bersyukur dan doakan yang baik-baik untuk kita. Nikmat yang kita dapat? Kepuasan melihat kegembiraan orang tua kita. Insya'allah... doa ibu adalah doa yang paling mustajab untuk seorang anak. Berbaktilah pada mereka selagi ada waktu.

Buat mak dan Inak... Selamat Hari raya Bonda tercinta... Ampunkan salah silapku serta keluargaku pada kalian dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dari aku meneguk udara hingga ke akhir nyawa. Doakan kebaikan buat anak-anakmu. Moga kita bahagia selalu. Amin...

ps: Hadiah untuk abah, mesti ada juga....

7 comments:

Mama Zharfan said...

me sgt suka baca entry ni :) sayu jap..
my mom pun gitulah..tak mau beg yg mahal2...last year me belanja my mom beli handbag, suruh dia pilih sendiri kat sogo, last2 dia amik yg harga RM97 brand lupa plak..tp my mom kata tu antara beg paling mahal dia pernah pakai..me nak sgt buat my mom happy..lebih2 lg sbb my dad dh tak de kan ...

d'anie said...

Salam Ramadhan dan salam aidilfitri yg bakal tiba..
betol tu..stuju sgt..slagi da masa & waktu utk berbakti n menggembirakan hati org tua..laksanakanlah. Sbb itu saje tugas n kewajipan kita sbg anak.

Mak sy pon camtu, kalo beli yg mahal2..xmau pakai..aleh2 berkulat dlm almari sbb tersalah jaga. ^_^

Unknown said...

betul tu wan, sekali sekala bg dorang merasa hasil titik peluh kita dengan beli barang mahal kan.. kalau selalu tu, lain lak ceritanye kan? mesti mak nagn inak awk suke tu.. insyaallah!

selamat hari raya wan!

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ trimas k.suziey >< mak2 kita mmg kalau boleh xnk susahkan kita. kdg2 tu berkali2 kita paksa terima pn dorg masih rasa serba salah nak terima kan... Saya pn beli kat SOGO k.suziey time sales ni bebaloi nak beli. kalau beli harga sebenar lebih bnyk wang ringgit nak kena keluar. tp duit boleh cari, yg penting kita dpt gembirakan mak2 kita.

Wansteddy Tales said...

D'Anie ~ Selamat Hari raya Anie... hehe... sayanglah pulak sampai berkulat. Sayang sngtlah tu sbb mahal takut nak pakai nnt cepat rosak. Sudahnya rosak sendiri ><
suka tengok muka mak yang happy, walaupun xtunjuk dia happy tp kita dpt rs kot... instinct ><

Wansteddy Tales said...

Chugie ~ Reaksi mak saya mcm biasalah Chugie... takde perasaan. hahaha... tp dia mmg suka, sudahnya handbag tu dia pilih sendiri lepas makan masa sejam lebih pusing2 SOGO, adoi... Reaksi my mertua tak sure lagi. harap2 jgnlah dia beri pd anak2 perempuan yg len. mana tau ada yg berkenan hehe

maslinamansor said...

mas pun semalam beli baju kurung kat mak... untuk mak mertua balik penang nanti baru nak pergi beli dengan hubby.

Bila kita beli sesuatu untuk mak ayah or FIL, akan rasa sesuatu kepuasan bila dapat menghargai pengorbanan mereka kepada kita...

Selamat hari raya dri maslinamansor sekeluarga