Nuffnang

Followers

Thursday, September 30, 2010

Tajuk entry perlu kreatif


Semalam aku dah menulis panjang menjela, tapi bila nak paparkan tak jadi pulak. Sebab aku rasa entry yang merepek ni amat rugi ditayangkan. Orang pandang sipi je. Nak baca malas, baca tajuk entry lepas tu komen macam dorang baca keseluruhan entry hahaha...

Jujurnya kadang-kadang aku buat gini jugak kat blog lain. Nak-nak blog yang tak pernah masuk. Komen kat chat box beliau tentang tajuk entry beliau. Tapi bila dah paparkan komen tu serius rasa bersalah, memang kategori menipulah pulak. Tapi nak komen tu kena berpada-pada jugaklah, kalau salah komen kantoi! Buat malu je... Selalunya rasa bersalah tu buatkan aku berkunjung 2 kali ke empunya blog. Kalai pertama baca tajuk tinggal komen. Kali kedua baca keseluruhan entry. Kes terbalik. Orang baca keseluruhan entry dulu kan.

Sesetengah pembaca tak suka entry menjela. Kalau boleh nak jengah blog untuk tengok gambar semata-mata. Tak pun untuk tinggalkan jejak dengan harapan pemilik blog tersebut buat kunjungan balas. Kat sini ramai yang pertikai. Di mana keikhlasan kita.

Babe, ikhlas tak ikhlas lain cerita yang. Ada orang sudi singgah dan jengah blog kita barang sesaat pun jadilah. Kurang-kurangnya kita dapatlah rasa dihargai. Ada jugak insan yang sudi jengah kita. Sudi masuk blog kita. Ni kalau nak pandang nama blog pun rasa... malaslah nak singgah. Blog budak ni boring. Takde pape nak tengok. Takde cerita yang bagus. Sudahnya janganlah komplen kalau blog kita kurang kunjungan blogger lain. Nak-nak kalau kita ni spesis blogger tegar tapi suam-suam kuku. Kategori ini dimasukkan dalam kalangan blogger kurang popular. Lagi nak best dah la kurang popular nak blogwalking pun malas. Nak titipkan komen dalam blog orang pun malas. Tapi teringin amat orang ramai datang blog kita. Mahu sangat duit nuffnang masuk mencanak-canak hasil kunjungan ramai. Salah siapakah andai tiada pembaca yang sudi melawat? Salah siapa? Mereka? Tuding diri kita dulu yang. Aku pun banyak buat silap. Tak bermakna kita kan kekal silap. Belajar dan perbaiki. Itu yang terbaik.

Selalunya bila kita tulis tajuk yang menarik. Ia boleh diibaratkan macam madu bunga. Harumannya menarik kedatangan banyak lebah. Kerana tajuk yang best macam ada dadah. Boleh bikin kita lagi rasa lagi mahu. Dah baca tajuk tertanya-tanya. Nak tahu isi kandungan, best tak best entry tu bacalah jugak sampai habis. Kalau entry menjela berpinar mata menghadap skrin komputer lama-lama. Berkematu jugaklah buntot duduk lama menghadap entry. hehe...

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak rungkai tapi ingatan kian menipis. Panggilan kerja menyeruku kembali ke alam nyata. Ada masa aku merepek lagi.

8 comments:

mrs jamal said...

ye la wan..betul apa y u cakap tu..pengalaman mematangkan belog kita, belajar perbaiki setiap kelemahan, slow2 pown xper kan...

maslinamansor said...

kalau baca tajuk pastu terus komen, memang tak patut. Tapi kalau nak kasi orang baca, pastikan simple dan padat.

mummy_ayu said...

emmm...tul tu...tq for info...
tajuk mcm 1st impression la kan?

Ayu said...

salam..sgt setuju dgn pndapat 2..
sy baru dlm dunie per'blog'an ni..
n3 ni sgt mmbantu..thanx ye (",)

Wansteddy Tales said...

mrs jamal ~ saya pn masih study, seronok tgk blog insan2 yg membina. dgn koleksi entry yg menarik dan punya info best ><

Wansteddy Tales said...

maslina mansor ~ itulah kalau saya ni susah sket nk pendekkan karangan ni. suka membebel hahaha

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ betul snt best tgk blogger yg pandai pilih tajuk menarik. nk pilik tajuk pn kena perah otak cari yg kreatif hehe

Wansteddy Tales said...

ayu.oyie.yuna ~ nama yg menarik >< ada masa ceritalah nama disebalik id ni. saya pn masih study, banyak rujuk pada blog otai2 untuk tampil menarik. tp nk teruskan usaha tu lambatlah sikit. berblog pn dah makin suam2 kuku skrg ni hehe