Nuffnang

Sunday, October 17, 2010

Blogwalking


Gigih blogwalking walaupun sedang demam-demam suam ni. Esok pulak ada rancangan nak ke Ikano. Tak tahulah jadi pergi ke tidak. Dah pukul 3 pagi aku sibuk nak blogwalking. Hari ini saja aku dah melawat berpuluh blog.

Wops wops! Bukan nak riak semacam. Ada unsur riak ke kalau sebut gigih berblogwalking ni hek? haaha... Takde! Takde riak ye... Aku sekarang sedang bergiat cergas dalam program blogwalking. Sekurang-kurangnya sehari 20 blog. Itu target aku. Tapi selalunya aku BW lebih dari angka itu. Sasaran besar: 100 blog sehari blogwalking. Wahahhaa...

Kalau aku masih single, belum berkahwin dan beranak macam sekarang ni tentu target 100 blog sehari tu tercapai tanpa gangguan. Sekarang ni tak mampu la dek.... Dapat capai 50 blog sehari tu pun dah sungguh bagus. Pencapaian terbaik aku selama berblogwalking ni. Sehari aku redah lebih 100 blog! Itu pun sebab aku korbankan masa tidurku untuk pergi kerja esoknya. Pastu mulalah pergi kerja esoknya aku mengantuk, tulis dalam facebook komplen mata macam panda. Sendiri tak reti nak tidur awal itulah jadinya.

Beberapa hari lepas memang seksa aku nak tidur, kenapa tah. Bagusnya bolehlah aku aktif ber blogwalking tanpa gangguan. Damia pun tidur waktu tu kan. Ada jugak harinya Damia pun tak tidur, sudahnya aku BW sambil panjangkan leher sebab dak kecik ni sibuk nak join sama. Hari ini pun Damia masih temankan aku BW ni. Siap tumpahkan jus. Haih... Camno nak tidur dengan baju basah ni. Ada-ada je cara dia nak tarik perhatian aku dari berblog ni tau huhu...

Okeylah aku nak kembali tidur. Kepada pembaca blog ni, sudi-sudikanlah tinggalkan link blog korang kat chatbox. Bolehlah aku balas kunjungan kalian juga :)

9 comments:

DaHLia said...

rajin tu untuk seorang blogger bergelar ibu..
tapi gitulah, cara untuk memperkenalkan diri kita pada orang...

daku yg single ni pun skrg xmampu nk BW hehari...tuntutan tugas dan kerjaya mengatasi segalanya..

CatlinaFly said...

salam wan.jom join contest sy, ada dua kategori tau..kena bc syarat sampai abes...hadiah top referrer pon ado..

http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/10/catlinaflybaby-celebratesbeautiful-mom.html

Ade said...

Met pagi miss... happy sunday

AcuRose said...

Wowwii.. target 50. marbeles lah wan.. acu 10 pun blom tentu dpt..hehe. ada satu widget tu utk blogwalker, listkan semua frens blog, pastu dia akan remind kita tiap hari blog mana yg kita tak singgah lagi. senang skit camtu. try wan..nanti leh capai target 100 sehari :)

Faisal said...

Thanks for your visit. you have to add ShoutMix gadget to your blog so it's easy for your friends to leave short massage to you. you can get this gadget from www.shoutmix.com.

Keep blogging and make friends.

Thanks waiting your reply.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mak aiiiiiiii blogwalking banyaknyeeeeeeeeeeeeeeeee..
ada pulak mas au ekkk...\
bagus teruskan usaha anda

Mama Zharfan said...

paham :) me pun lil ariff sibuk kacau bila me mengadap laptop

fendi_scropio said...

SALAM...SGT LETIH UTK BW ARI NIE..HEHEH

eus said...

wow.. demam2 pn?!!! bagus2... hehe...