Nuffnang

Followers

Monday, October 18, 2010

Blogwalking

Kesinambungan isu blogwalking. Erm... Aku dah agak mesti ada yang agak tak selesa dengan entry tu. Tak perlulah hurai panjang lebar sebab aku pun bukan pentafsir masalah. Mengenangkan satu-satu isu boleh merugikan banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk banyak perkara. Pening aku nak jelaskan.

Aku blogwalking pada kadar mampu sahaja. Mampu online, mampu punya lebihan masa, mampu kawal mengantuk, mampu atasi masalah. Blogwalking ni dalam masa yang sama beri aku happykan diri. Tenangkan kusut di hati. Mungkin orang lain buat perkara lain. Tapi aku jenis nak buat perkara yang mendatangkan faedah sekaligus. Pertama, boleh kurangkan tekanan, kedua boleh tambah kenalan, ketiga tingkatkan trafik blog dan keempat saja suka-suka lawat blog orang.

Kadang-kadang sempat aku berbalas mesej dengan beberapa blogger. Nak-nak yang jenis ramah dan sudi balas mesej aku balik. Ada juga blogwalker yang jenis rajin menaip. Tulis satu-satu sapaan baik. Takpun gunakan link terdahulu yang ditaip je. Tapi aku ni spesis ikut hati. Rajin membebel, panjanglah sapaan aku. Malas kalu, BW here :) itu saja aku taip. Nak lagi malas aku taip BW je. Malas betul! Tapi sekurang-kurangnya aku balas sapaan orang kan.

Cuba untuk tak jadi perempuan sombong. Orang datang bertegur sapa kita buat bodoh je macam masa yang diperuntukkan orang masuk blog kita tu saja-saja. Hehe... Takde la bidas sesiapa. Aku dulu pun masa menjakunkan diri pasal blogwalking ni jarang balas BW orang. Ada tak ada pun aku dengan skemanya pergi balik blog blogwalker pastu jawab balik apa dorang sapa. Tak ke ngok namanya. Padahal dorang sapa je sebagai tanda dorang ada masuk dan tinggalkan jejak link kat blog kita. Maafkanlah ketidakpandaian aku ketika itu. Masih mentah. Sekarang pun aku masih belajar.

Aku jarang blogwalking kat pejabat. Di sana masa aku peruntukkan untuk hal kerja pejabat, kerja tempahan pelanggan dan lain-lain. Termasuk join contest kadang-kadang hahha... Dekat rumah aku suka blogwalking sebab line lebih lancar. Dekat opis bolehlah blogwalking tapi lepas dua tiga blog saja sebab line memang superb hampeh! Jadi dari aku buang masa BW dan tunggu loading full page, lebih baik aku fokus pada keutamaan kerja.

Jujurnya aku tak suka buat kerja design dekat rumah. Sebab aku kalau dah mula mendesign lali sampai tak ingat buat benda lain. Sampai kena tegur dengan hubby asyik sangat dengan design. Justeru aku ambil inisiatif. Hanya online blogwalking di rumah. Manakala di pejabat aku peruntukkan buat kerja design.

Adakah ini menjawab tatacara hidup aku seharian? Moga-moga tak timbul salah faham lagilah pasal perkara baitkan blogwalking aku ni hehe... cheers!



3 comments:

Mama Zharfan said...

can't agree more :)

yantz-yeem said...

selamat berbW...aku gaks yg x sempat2...adeiii ingtkan sabtu-ahad aku leh gak melayan blog sekali hampehhhh....intenet laki aku x bayo langsung x boleh on9!!!huhuhu

CaDLyNN said...

yup~
suke gak BW..
suke bace blog org len :)