Semalam berlangsung majlis raya anjuran bahagian tempat aku bekerja. Aku rasa mesti ramai tak berminat nak baca entry ni. Tapi kalau sudi jengah-jengahlah seluruh entry sebab macam-macam ragam bebudak pereka ada dalam entry ni. Dan kalau nak tengok lebih lanjut, boleh tengok dalam facebook aku bawah tajuk jamuan raya BKVS.
Awal majlis aku bertugas sebagai penyambut tetamu. Agak ramai juga pekerja wanita dan seorang lelaki itu yang sudi menawarkan diri jadi penyambut tetamu. Lebih ramai lebih meriahkan. Tapi dah nak masuk tengah-tengah majlis semuanya dah bergerak sana sini. Memang sebuah majlis tanpa protokol! hahaha
Aida dan K.Ateq bertugas jaga hadiah lucky draw dan beberapa contest. Macam-macam hadiah ada. Walaupun takdelah bernilai dan mahal harganya bolehlah digunakan untuk makan-makan (jajan) sesama rakan opis lepas bukak pembalut nanti hehe...
Teng teng... sapa sebelah aku tu? Mek Yantz la siapa lagi hehe... Macam biasa, dengan aksinya yang tersendiri. Itu baru satu. Jap bawah-bawah korang akan saksikan lebih banyak aksi gediknya hahahah.... Sama denganlah dengan si penulis ni :P
Ini pertandingan mengikat tali leher paling kemas. Pemenangnya k.Ateq yang berdiri di kiri sekali. Tahniah! Tak sia-sia berlatih awal-awal majlis tadi. Siap ada penasihat khas (k. Mas) pasal ikat-ikat tali leher ni ahhaha....
Ini pertandingan mengikat tali leher paling kemas. Pemenangnya k.Ateq yang berdiri di kiri sekali. Tahniah! Tak sia-sia berlatih awal-awal majlis tadi. Siap ada penasihat khas (k. Mas) pasal ikat-ikat tali leher ni ahhaha....
Sebenarnya banyak picca k.Yantz ni sebab kitorang ni ke mana dok berlenggang kangkung berdua. Tapi aku pilih mana yang senonoh sikit je la hahaha....
Aku kena buli. Dua pemenang sebelum aku tak kena pun tunjuk nombor lucky draw. Aku kena paksa godek-godek pouch bag aku tu cari nombor 001! Cis sungguh! Nasip baik menang tau. So hakak tak marah, segan je la kena buli wuwuw.... ehem! yang beri hadiah tu my big boss kat bahagian kami.
Aksi gedik tunjuk hadiah! hehehe.... Nurull (kiri sekali) menang hadiah untuk hubby n wifey. Rezeki :) Gambar-gambar Nurull best sebab muka Nurull ni jenis makan gambar.
Lucky nombor 001! Sebenarnya nombor hb ni, aku wakilkan tolong ambil. Aku punya bernombor 19. Tapi nama tak naik. Atau mungkin naik tapi aku tak dengar. Sibuk sangat mengedik sekitar majlis hahaha... pst... aku jadi paparazzi dalam majlis ni. Soheh la sibuk hehe...
Kek tempah dari Isya (sekarang cuti bersalin) sedappp... Kerepek didatangkan khas oleh K.Yantz... Sedappp jugak. Ini antara makanan ringan yang sedap dilantak bila boring-boring tunggu giliran lucky draw! hahaa
Me & K.Yantz. Muka boring sebab kitorang baru masuk semula majlis lepas berehat. Hey, sempat aku siapkan entry pasal Harry Potter semalam masa rehat tu. Hebatkan hahahha... Takdelah! memang dah lama kepingin nak buat entry pasal Harry Potter tu. Semalam terlaksana jugak.
Gambar gedix beramai-ramai. Ini tak sampai suku pun dari kakitangan bahagian kami. Kalau semua sudi masuk bergambar mesti lebih gempak! Cari aku... cari k.yantz! hahahah....
Aksi menggedix diteruskan. Aku suka picca ni. Masing-masing selambaland posing tak hingat majlis! masa ni tetamu masih ada tau. Ggih berposing hahaha
Abang Jai last day kat sini. Abang Jai ni orang kuat Multimedia. Sila abaikan tangan tambahan kat belakang tu hehe... Aida kat sebelah. Tentu Aida paling terasa ketiadaan abang Jai nanti sebab dorang ni rapat macam adik beradik.
Tema majlis raya tahun ni. Konsep ala Jepun. Tengoklah kipas semua ada. Kalau tengok keseluruhan dewan lagi menarik. Siap ada bling-bling bergantungan atas syiling. Design welcome wall aku pun ada tapi aku lupa nak amik piccanya.
Me & Aida. Kami pernah serumah dan sebilik. Masa zaman anak dara la. Duduk kat rumah Mak Yah Kampung Baru. Sekarang tak taulah siapa ganti duduk bilik kitorang. Sebab Aida pun dah berkahwin dan dah lama pindah ke rumah lain.
K. een yang nyanyi tu. Suara K.Neen memang best! Kalau masuk Akademi Fantasia memang takde hal bolot rangking TOP 3! Tau aku tengah buat apa tu? Pilih lagu nak karaoke, sudahnya tak jumpa jugak lagu idaman kalbu huhu....
Sampai sini je. Sebenarnya banyak lagi picca tak upload dalam blog dan facebook. Tapi kalau kalian nak tengok yang dalam facebook bolehlah tengok lebih aksi. Macam-macam picca ada. Mungkin ada juga kakitangan bahagian kami yang korang kenal? Manalah tahu.... hehe....
8 comments:
happening nampaknya jamuan raya ne
best sbb semua pun sporting posing2...kalau kat UIA semua jenis skema :p
mana lagiks gmbo gedix2 aku???waaaaaa....sib baik ko x kutuk aku dlm blog wakaka..cukup lah di dlm FB sahaja...pe2 pown nxt yr kita wat lagi gempax k...tis year cam suam2 air suam jek...:P
baby ~ have pening adalah hehe... xdelah. mmg best jugak cuma kurang meriah je. biasanya kitorg terlebih kecoh dr yg kecoh :)
mama zharfan ~ kat sini mmg ramai gila2 k.suziey. kalau pasal bergmbr mmg hebat belaka. kekeke..
akak kerja kat UIA ke?
k.Yantz ~ kan aku dah jemput pembaca masuk facebook aku. saiko suh invite aku gak la tu miahahhaha... xdela :p
aku xdela kutuk dgn niat, gurau2 manja je semua tu. mcm ko xkenal aku :)
meriah giler siap ada sukaneka lagi :)
ieda ~ semuanya agenda happy2 (syok) sendiri :)
Post a Comment