Nuffnang

Followers

Friday, October 1, 2010

The making of my drama contest ~ DiGi iPhone 4 the Win

Babak satu: aksi seorang pembuli
Bak singgit! Kalau tidak aku cubit perut tu!
Kalau korang baca entry aku sebelum ni tentu dah maklum bahawasanya aku telah menjayakan contest anjuran Nuffnang DiGi iPhone 4 the Win. Contest ni berakhir pada hari ini jam 11.59 malam. Kalau kalian berminat nak sertainya masih sempat join.

Pada mulanya aku jual mahal nak join. Sebab aku takde idea dan banyak urusan kerja nak diuruskan. Tapi kerana idea datang mencanak-canak dalam kepala, aku rasa kesal kalau tak cuba sertainya. Menang kalah gasaklah. Aku tak taruh apa-apa harapan pun.

Harini aku nak kongsikan pengalaman bikin entry contest ni. Aku punya perancangan macam-macam tapi yang keluar jadi lain. Tapi untuk siri keempat hampir menepati kehendak aku. Aku buat entry ala-ala bikin drama. Pelakon utamanya Kak Wan versi dolly dan Aku sendiri aka Wansteddy. Sebelum kerja-kerja penyuntingan ni dilakukan, aku sketch dulu dialog dan gerak badan karektor yang aku kehendaki. Sebab kalau tak sketch nanti dah tak ikut skrip. Itu pun dah ikut skrip jadi macam-macam jugak.

Kemudian aku paksa K.Yantz jadi fotografer tak berbayar untuk aku. Kamera digital aku sebagai alat. Dan dinding kerja K.Yantz sebagai latarnya. Kemudian dengan ikut skrip kitorang bereksperimen dengan karektor Wansteddy.





Inilah K.Yantz. Bagi yang memang kaki blogger dan contest mesti ramai yang kenal. Tapi sekarang ni blog beliau makin suram. Kenapakah? Aku ni dalam merungut-rungut takde masa nak berblog entry aku terpapar jugak barang dua tiga kerat kak! hahahaha.... Ini ayat dorongan paksa ko kembali aktif sis!
Dia kata aku gedix (sebab amik picca macam ni macam tu) sekarang kita ada bukti siapa lebih gedix muahahahaa.... Ko malas sangat upload wajah terkini kat blog, biar aku tunjukkan sisi gedix ko kat masyarakat miahahhaa.... Sila abaikan meja kerja beliau. Memang gitu sejak azali :P Jangan mare kak! kui3...

Sila klik gambar untuk tengok ekspresi wajah huduhku dengan lebih jelas. Tapi aku sarankan jangan klik, nanti korang muntah hijau 8hari berturut-turut jangan salahkan aku! hahahha....


Arahan gambar ikut situasi atas dan bawah. Gambar nombor satu yang tunjuk peace tu. Banyak kali amik scene tu sebab aku asyik tengok muka senyum aku macam tak ikhlas. Ke memang muka aku semulajadi cengil macam tu? kakakkaa... mengaku sendiri takpe. Gambar kedua aksi nak piat telinga Kak Wan versi Dolly. Ini habis urat pipi aku teritkan nak bagi nampak geram ngeh3... Gambar ketiga aksi terkejut kagum. Dengan aksi ni takde sorang pengarah drama pun sudi ambil aku berlakon. Sah-sah tak mampu nak dapat anugerah pelakon terhebat. Pelakon tambahan jual sirap tepi jalan tu bolehlah kot.


Gambar kiri, aksi untuk frame akhir. Ini pun ambil banyak shot sebab aku tak reti nak tunjukkan riak frust campur nak bagi nasihat hahhaha... Fasha Sandha pun confuse nak buat aksi camne gitu. Gambar kanan aksi aku nak halau dolly Kak Wan dari frame picca. Gambar pertama dan ketiga tu picca tangan blur. Picca kedua pun tak lulus sebab aksi aku macam nak karate orang kakaka....

5 comments:

penaberkala said...

dah baca semua entri
menarik :)
congratz
hope u'll win

AcuRose said...

walaaah wan...
ada bakat jadi pelakon nih..
ni sure menang anugerah iphone tu..
moga2 berjaya! chayook!

Wansteddy Tales said...

penaberkala ~ trimas >< ramai yg kretif. tak taruh harapan pn :) good luck tu u too :)

Wansteddy Tales said...

acurose ~ adoi... acu bikin wan gelak guling sorg2 ni :P takat jadi pelakon gedix boley la acu hahaha

alinalan said...

seronoknya tengok...
menarik...
good luck wan...