Nuffnang

Monday, October 4, 2010

Open House yang Gempak!

Sabtu lepas rancangnya nak ke beberapa rumah open house. Tapi bila gerak pun waktu petang, memang terbantutlah rancangannya. Kami pun terus hala ke Cheras rumah mertua Fahmie. Trimas undang kami ke rumah terbuka.

Sebelum beraya kita wajib berposing dulu kat rumah.




Seronoknya berkunjung kat sini, boleh jumpa cik Syafiqah anak Fahmie dan Nadia yang memang cute dan tinggi ni. Orangnya sebaya je dengan Damia beza sebulan. Tapi dia punya tinggi macam toddler 4tahun. Rupa, tinggi, gaya sebijik macam ayahnya. Rapat pulak tu. Sudahnya aku panggil Fiqah: Mini Mie kekeke... Cute sangat!


Fiqah bahasakan dirinya kakak pada Damia padahal Damia ni tua sebulan dari dia. Tapi kalau ukur tinggi memang Fiqah nampak kakak lagi. Petah pulak tu bercakap. Pada Damia Fiqah bahasakan 'Kawan'. Kelakar tengok gelagat budak-budak berkawan. Damia ni memang suka berkawan. Tak kisah langsung kalau jumpa kawan baru. Ikut sekali nak berlari sana-sini.

Dalam perjalanan nak ke KLCC tiba-tiba K.Yantz kol ajak ke rumah K.Wan. Nun jauh kat Salak Selatan. Dari Cheras ke sana makan masa sejam jugaklah. Puas Damia tidur dalam kereta. Kelakrnya bila jengah-jengah jiran K.wan dorang pun ikut sama jengah kitorang kat dalam kereta ni. Kot-kot tetamu dorang yang datang. Dorang tak tahu yang kitorg ni dah hampir sesat! wakakakka....

Ini anak dara K.Wan. Baru 5 tahun rasanya tapi dah minat bidang fotografi ni. Memang ada bakat semulajadi jadi fotografer. Aku tengok Jian pikul kamera tu dah rasa tak larat dah. Berat tu...
Sessi berkaraoke bersama En.Aqil! Aku nyanyi sepatah perkataan je hujan turun dengan maha lebatnya. Sampai khemah k.Wan terbang dek anginlah! K.Wan kata itulah 1st time kejadian seumpama itu terjadi kat rumah beliau. Memang bawa 'rahmat' betul kedatangan kitorang ni wakakakaka...

Damia memang suka budak-budak. Dia kat dalam rumah tu dah jadi macam tuan rumah dah. Tunjuk itu ini macam dia lebih tahu. Sayangnya gambar yang dia beraksi sakan jadi tuan rumah tu blur, so tak boleh nak paparkan kat sini :P

Inilah Dini anak dara K.Yantz. Dah lama tak jumpa Dini. Dah makin debab dia sekarang. Baik pulak tu. Kena tinggal sorang-sorang langsung tak kisah. Kitorang sakat dan gomol paksa dia nangis sebab nak dengar suara pun tak jalan jugak. Dia gelakkan je.
Okey kakak sudah jelez. Nak jugak naik atas riba :P
Sebenarnya insiden paling targis aku terjatuh kat depan rumah K.Wan wakakkaka... Masa tu hujan. Aku nak capai kasut kendian debummm macam nangka aku jatuh da.... Udah la masa tu aku dukung Damia. Nasipbaik tak terlepas anak dara aku tu. Sempat aku buat lawak kat dorang. "Sep baik tak amik gambar" ngahahahha...
Pada A.Erol dan K.Wan lupakanlah kejadian malang yang menimpa aku tu okey hahaha... Nasip baik K.Yantz kata dia tak nampak insiden tu, kalau tidak aku jamin sampai sekarang soheh dia bantai gelakkan aku huhu...

3 comments:

juelee said...

comellnye baby itew..... hehhee sakan betol gi open house tapi best tengok ramai bebudak...

Wansteddy Tales said...

juelee ~ yg buat meriah sbb adanya budak2 ni hehe... tp kdg2 mak2 budak terlebih meriah. bising sat rumah padahal sang wanitanya 3 kerat je kekeke

tiefazatie said...

wah2..bestnye!tp cian sis la plak masa nk balik teu..ok dh ke sis?