Ini bukan kisah mistik. Tapi ini kisah benar susulan hasil borak-borak santai aku dan kawan sepejabat ketika bersarapan tadi. Kisahnya dua kali dalam minggu ni aku bangun tidur dikejutkan dengan mimpi 'menakutkan' begitu. Dua kejadian mimpi yang berbeza tapi beri impak yang sama hebat. Rasa macam betul-betul berlaku.
Mimpi pertama:
Aku dah lewat nak masuk kerja. Jalan jem teruk sebab ada kemalangan tengah jalan. Elok sampai saja di pejabat, di depan tempat punch kad berdiri my big boss dengan gagah perkasanya. Dengan muka bengis my big boss marah-marah "Awok ni lambat ni! Dah pukul 9.30!" Bait akhir tu terus buat aku terjaga dari tidur lena.
Mimpi kedua ( hari ini ):
Aku mimpi aku sedang tidur dalam rumah aku sendiri. Dengan hubby dan Damia kat sebelah. Tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu rumah. Aku bangun dengan mamainya. Terpacul muka kawan opis aku K.Yantz dan Nurull (kawan yang selalu makan bersama). Pastu K.Yantz ajak pergi sarapan. Aku yang bingung sebab belum mandi dan bersiap cakap la... "La... baru pukul 7.20! Awal lagi la..." Pastu K.Yantz cakap dengan nada tegas standart dia la... "Ah... Takde takde, aku dah kelaparan ni! Jom makan! " Ayat akhir tu kejutkan aku dari tidur.
Ironinya kerana mimpi itulah aku selamat punch kad perakam waktu sebelum capai waktunya. Takde lewat untuk dua kali gara-gara mimpi je. Hebat kan pengangan mimpi. Dan ia bukan rekaan. Ia betul-betul mimpi yang pelik dan membantu menyelamatkan kad punch kad aku... hohoho....
7 comments:
bagus gak dapat mimpi macam ni..hihi..selamat tak merahkan..
siap mimpi psl keje heheh
hehee..kadang2 mimpi ni bagus jugak ye..
Ummi Eisya ~ betul tu. hari2 mimpi cmni bagus jugak. tp letihla, tiap kali terjaga asyik terkejut2 je. mimpi yang penuh saspen! hahhaa
mama zharfan ~ sbb bulan ni wan bertugas jaga punch kad. gigih nk kena dtg lebih awal dr jadual biasa (tu pn selalunya dtg on time jugak sbb jln jem!) hahahha
misyamissyou ~ selamat punch kad saya tp itu la... dia punya real mmg menakutkan ahhaha
mesti kat subconscious mind tu asyik ingat boss dgn ofis jerr.. sbb tu termimpi2.. hehehe
Post a Comment