Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, October 13, 2010

My Mood Meter

Sebenarnya takde guna pun buat entry ni. Rata-rata dah tau aku ada bengangkan sesuatu. Tapi penjelasan tentang perkara yang aku bengangkan tu memang aku tak kongsikan kat sini atau di mana-mana. Takde penyelesaiannya. Sudahnya hidup aku berputar pada mood meter yang sama. Berlegar antara happy, biasa-biasa atau emosi semacam.

Untuk lepaskan marah terpendam ni sengaja aku sibukkan diri design yang bukan-bukan. Nak melepak ke meja rakan lain dan bergosip memang aku tak suka. Berborak tu memang perkara biasa. Nak berlama-lamaan kat meja orang tak sanggup aku. Banyak lagi perkara molek yang harus diutamakan dari sibuk borak-borak kosong. Apa lagi nak mengumpat orang lain. Tapi kalau dah tension sangat aku luahkan jugak kat dorang. Memendam rasa biarlah berpada kan. Kalau dah orang permainkan emosi kita macam kita ni spesis manusia tak berperasaan, pada aku sungguh terlampau melampaunya. Ada sesiapa boleh berikan kesedaran?? Hello! Hello! Takde? Okey... Macam selalu, biarkan je la.... Haih....

Suis mood emosi aku asyik berputar-putar di paksi yang sama. Elok aku happy-happy ada-ada je yang buat aku bengang balik. Sudahnya entry ini aku hasilkan. Padan muka! pada aku yang terpaksa buang basa bina entry ni. Banyak kerja lagi aku kena tumpukan, tak pasal-pasal nak membebel panjang semata-mata nak luahkan perasaan. Apalah...

8 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

perasaan tu kena luahkan, kalo tak stress beb!

Adyshariz said...

luahkan aje..nanti pendam pon susah gak..sabar ya

Wansteddy Tales said...

e.l.i.s.s.m.i.e ~ tu la. tp ble diluahkan ada2 pihak yg ambil kesempatan buat isu kontroversi dgn entry panas2 ni :P

Wansteddy Tales said...

Adyshariz ~ bila had sabar dah dilangkau yg terpaksa luah tu hehe.. tp pas luah habis rs sebal yg berbuku ni. xluah habis pn xpe asal ada bunga2 luahan perasaan tu :)

h4ni3 said...

agak2 yg boleh diluahkan, luahkan.. mana yg tidak, kena byk2 la sabar.. berserah pada yg Esa, ye wan =)

Wansteddy Tales said...

h4ni3 ~ trimas h4ni3 sebab tu kdg2 lebih selesa luahkan dlm blog. xluah habis pn xpe sbb xkena paksa ceritakan detail :)

mama zharfan said...

cute jer mood meter tu :) jgn moody2 ok :)

kakyong said...

wans,
siap ade ikon mood meter ... ;)