Nuffnang

Followers

Thursday, October 7, 2010

“You Again?”

Sebenarnya ketika entry ini dibuat aku sedang dengar lagu Eenie Meenie nyanyian Justin Bieber feat Sean Kings. Tak pernah dengar? Google... memang best lagu ni! Menariknya lagu ini, macam kena je dengan tajuk entry dan kisah lampau aku. Yep! Kisah lampau yang menyakitkan hati dan bila dah meningkat usia begini... aku terkenang-kenang dan buat aku ketawa sendiri.

Pernah bercinta ketika di alam kanak-kanak? Seawal usia 8 ke 12 tahun? Aku tak pernah bercinta ketika alam sekolah dan universiti. Jujur ni. Aku ni lambat bercinta. Tapi kalau secret admirer tu adalah! Ehem! Ketika aku darjah 5, aku berpindah ke Gerik, Perak. Kalau dah asal dari Kuala Lumpur, rakan-rakan baru semuanya teruja dan bayangkan aku ni macam.... budak bandar yang hebat! konon.... Padahal sama dengan je dengan kepala-kepala dorang tu. Cuma slang bahasa je lain sikit macam sikit hehe...

Dalam ramai-ramai rakan sekolah, adalah seorang budak ni yang ketara jakun benar tengok aku. Nak kata aku comel, oh ye! Aku mengaku, aku selebet ketika muda-muda dulu hahaaha...

Budak ni cuba bermacam-macam cara nak tarik perhatian aku. Baling kertas, jerit panggil aku dari jauh, lekat chewing gum kat seat basikal aku, pancitkan tayar basikal, conteng lukisan aku, bahkan paling teruk pernah baling batu ke arah aku gara-gara aku buat tak reti je kat dia! Berdarah jugaklah dahi aku masa tu tau!

Aku sangka mamat ni ada dendam apa-apalah dengan aku. Sebab nampak sangat perbuatan khianat dia ni macam nak buli aku je. Fikir-fikir jugak apa salah aku kat dia. Dah la baru berpindah, dilayan sebegini rupa pulak. Sedih aku. Aku dengan geng-geng perempuan sekelas apa lagi. Mulalah buat pertubuhan anti budak lelaki ini. Macam-macam cara kitorang buat agar budak lelaki ni tak dapat dekati aku. Berjayalah juga. Lebih best lagi menjelang awal tahun berikutnya ketika aku masuk darjah 6, budak lelaki tu dah takde. Sebab dia tu senior setahun dari aku. So dengan senang hati aku cakap "bye bye budak jahat....!" Dalam hatilah...

Masuk sahaja tingkatan satu aku jumpa lagi mamat ni. Agh.... Dia lagi! Kali ni kami sama-sama bersekolah di sekolah menengah yang sama. Tapi kali ini mamat tu dah ada girlfriend baru. Bila nampak aku dia pandang pun dengan muka tersipu-sipu dah... Tak lama lepas tu barulah aku tahu rupanya encik mamat itu sebenarnya ada taruh minat kat aku...

Owh.... cakaplah molek-molek... Kalau dah baling segala benda kat aku adakah logik aku boleh fikir kamu suka aku kan.... Kesimpulannya cinta pertama (dia) itu tak menjadi. Dan aku pun memang tak pernah ada hati kat mamat tu. Biarpun mukanya memang kacak. Hati aku tak hingin berboipren dengan lelaki suka main baling-baling batu ini. Kalau kecik-kecik suka baling batu besar esok entah-entah batu bata dibalingnya bila bergaduh laki bini! hahaha... Tak hendak hakak! Kamu carilah perempuan yang punya dahi kebal.

Masuk tingkatan dua aku pindah ke sekolah lain. Hingga sekarang aku tak pernah jumpa lagi mamat tu. Kalau jumpa pun belum tentu aku cam muka dia. Mesti banyak dah berubah bila dewasa ni kan. Yang penting... aku dah pun berkahwin sekarang, sekali lagi aku nak ucapkan "Bye bye...!" pada mamat yang tinggalkan kenangan terlebih manis ketika alam persekolahan aku dulu.

Moral pada kisah ini: Latihlah anak lelaki anda cara-cara mengorat yang betul. Jangan nanti masuk surat khabar anak anda baling batu gara-gara nak mengorat awek satu sekolah! wahahaha...

Jemputlah join contest anjuran Nuffnang ini. Tak semena-mena contest ini mengimbas kenangan lalu aku. Klik sini untuk maklumat lanjut.

8 comments:

Cik Tim said...

haha.. budak2 sekarang dah advance.. tak de la nak baling2 maybe takat campak2 benda je kot.. *frust sebab tak dapat ngorat. haha

CaDLyNN said...

gud luck!!!!

Wansteddy Tales said...

Black_roses92 ~ skrg dorg guna facebook medium hentam awek yg xlayan dorg ahahhaa... xpn baling2 henpon, al maklum budak2 skrg sngt mewah. zmn akk dulu xde syiling, batu pn berguna huhu...

Wansteddy Tales said...

cadlynn ~ trimas yang ><

yantz-yeem said...

salam..pn teddy...ada sesuatu yg pasti menceriakan anda pagi ini...jmpe n lihat di blog saya yea...:)

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ yeaaaaahhhhhhhhh! trimas3 :) berita yg best untuk pagi2 hariku!

maslinamansor said...

tengok sinopsis dan triler filem nie macam best...

good luck yer... :)

Wansteddy Tales said...

maslina mansor ~ aah ada can nk ajak hb tgk sama hehe... trimas mas jom join sekali :)