Dah lama nak update kisah ni. Tapi asyik bertangguh je sampai lupa. Hari ini gigih muatkan juga kisah kenangan ni. Dua minggu lepas abah dan mak ke Beijing. Dorang berkursus sambil bercuti kat sana. Alhamdulillah... tahun ni panjang benar langkah abah dan mak. Ada-ada je peluang bercuti keluar negara. Anaknya ini baru lepas naik kapal terbang ke Sabah jak. Belum punya passport sendiri lagi hahaha....
Usik Atok. Damia kalau jumpa Atok memang tak nak berenggang. Nak buli mintak dukung je manjang. Ketika ni penat abah nak kena kejar cucu perempuan sorang ni. Ada-ada je peel dia buat orang keliling dia tak kering gusi.
Bersama Atok dan Opah. Kadang-kadang para cucu mak panggil mak dengan gelaran "Mak" jugak. Mengikut kitorang ni. Tapi aku paksa juga Damia biasakan diri panggil mak, opah. Cuma kadang-kadang bila kat kampung dia terikut jugak sepupu sepapat dia panggil Mak. Haih... jenuh nak ajar!
Ramai juga yang ikut kursus ke China ni. Meriah juga suasana. Tapi aku belum lagi tengok gambar-gambar mak abah kat China, sebab ketika balik ke KLIA dulu kami tak sempat jemput. Balik pulak malam isnin. 12 tengah malam baru sampai. Esok nak kerja. Tapi sampai sekarang rasa bersalah juga sebab tak jemput mak. Pikir-pikir masalah jugak. KLIA ~ Selayang bukan dekat.

Sessi membuli Atok. Damia selamba je naik pelantar beg nak ikut beg-beg tu. Penat Atoknya dok kejar dan tarik turun pelantar haritu hahahhaa...
No comments:
Post a Comment