Nuffnang

Followers

Monday, November 8, 2010

“IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR”

Apa yang akan aku lakukan jika aku miliki rambut sepanjang 70 kaki?
Hari-hari kena sental dengan syampu dan pelembab rambut. Rambut panjang kalau tak dijaga alamatnya bergumpal dan berkutu la kepala nantikan. Tapi kerana ia rambut magik, aku akan gunakan kelebihannya dengan jadikan sumber pendapatan sampingan. Jadi stuntgirl, pembersih lantai, dan aku akan naik ke puncak KLCC dan juraikan rambut panjangku ke bawah. Dan tunggu hero yang berani panjat naik KLCC dengan rambut magikku itu. Hebat bukan? Bosannnn.... Angan-angan tipikal itu memang membosankan. Aku ada impian lebih praktikal kalau aku dikurniakan rambut magik ala Rapunzel!

Pertama: aku nak buka peluang perniagaan. Jadi tokey rambut palsu. Kalau potong beratus kali puntakde masalah sebab rambut magik akan terus tumbuh dan memanjang. Lebih banyak koleksi rambut palsu dapat aku design, lebih banyak duit masyukkkk....

Kedua: Kalau dah magik tentu rambut aku 'pandai' buat kerja kan. Jadinya aku rasa takde masalah kalau setakat kemas rumah, rias badan sendiri, memasak makanan kegemaran, mengasuh anak sambil berblog! Semuanya dapat dilakukan dalam satu masa dalam masa yang singkat. Memang superb!

Ketiga: Boleh tambat hati jejaka idaman ala-ala cerita fantasi Rapunzel. Sekarang orang dah tak duduk kat istana kota tinggi. Logiklah kalau tinggal kat apartment. Dan kalau malas naik lif seru saja nama aku, pasti ia sedia membantu. Berdezup naik ke rumah tanpa masalah!

Keempat: dan yang terpenting sekali. Boleh jadi geng nuffnang! Siapa tak nak jadi BFF nuffnang kan. Kalau berminat, jomlah sertai contest ni. Klik sini kawan-kawan :)


Paparkan rambut anda yang paling baik atau paling serabut!


Kadang kala bila tension, rambut akan keluar mencanak macam ni. Banyak berfikir boleh keluarkan yang serabut dari akar umbi! Jadi sempoi-sempoikanlah dirimu dan diriku jua!



Kenapa tak nak join? Hadiah best giler ni. Entry yang kreatif akan dapat habuannya. Jadi sertailah dengan pemikiran yang kembang dan kreatif!

Nuffnang Premiere Screening – Rapunzel : A Tangled Tale

7 comments:

Whitey Mommy said...

akk...the best... i loike...gud luck...

AyuArjuna BiGoshh said...

best!!!!!!!!!1

Ummi Hanie said...

sgt kretip lor mmbuatkanku mundur setapak..ihikss..no lar...joking..hadiah tu xler mengujakan sgt bgku sbb dah ade pS2 kot...hikss...gudluck wan :)

nba-Nur said...

Wahh menarik sangat kisah yg Wan reka ni.. I like.. Good luck ye..

zahidah dihaz said...

stylo lah kak...good luck!!

~Ree~ said...

comey+best~!...ske sgt~!!!!....=)

Wansteddy Tales said...

trimas kawan2 adik2... sbnrnya menulis separuh hati je idea belum kembang habis :) rs nk update nnt saya edit semula :)