Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, November 8, 2010

Tak pasal-pasal Damia kena pukul

Aku debik sikit je tapi dia meraung jugak. Mungkin sebab terkejut dan sedih. Masakan tak babap. Menakal sangat. Bukan aku mengasuh dia kat rumah. Kat pejabat ni ha... Tapi seminit pun dia tak lelapkan mata. Semalam tidur pun dalam sejam je malamnya. Lepas kami mandikan pagi tadi sampai sekarang belum tidur. Pelik aku mana datangnya tenaga dia tu.

Tapi agaknya Damia seronok. Jarang dapat dibawa keluar. Selalunya terperap je dalam rumah nannynya. Terkurung dalam bilik yang ditutup dari luar. Sedih tau kalau aku kenang nasip anak aku. Sedih ingatkan dia dipaksa tidur siang lama-lama, tak makan dan mandi. Sebelum kami ambil Damia, anggaran pukul 6petang lebih atau pukul 7 gitu, barulah nak mandikan Damia. Tu pun bukan aku tak tau nanny lama Damia tu tipu kami. Katanya dah bagi Damia mandi, dah bagi makan. Tapi bila balik rumah elok sampai muka pintu saja, Damia dah minta makan. Makannya bukan macam biasa. Macam budak Somalia sehari suntuk tak makan. Dia boleh jamah daging burger 3 keping sekali makan! Tak berhenti sebab lapar sangat.

Yang buat aku ralat. Tiap-tiap hari aku bekalkan pakaian Damia 3 pasang atau lebih. Aku amanahkan nanny Damia mandikan anak aku. Tapi yang digunapakai sepasang je. Dua pasang lagi, dia renyuk-renyuk campur dalam pakaian kotor! Kononnya dia mandikan Damia 3kali sehari! lampin pakai buang Damia 4keping semuanya lesap. Aku percaya kalau waktu siang paling banyak Damia pakai lampin pakai buang 3 helai. Itu pun kalau dia berak-berak. Kalau tak, dua keping dah memadai.

Tapi aku positifkan diri. Tak nak tegur. Sebab aku tahu sikap nanny Damia, pantang ditegur. Dia cepat merajuk. Bila merajuk dia tak layan kami. Dan aku andaikan macam tu dia buat dekat Damia. Silap-silap dia tak bagi makan minum sehari suntuk sebab nak balas kat kami ibu bapa Damia. Jadinya aku beralah. Dari anak aku dorang abaikan lebih baik aku tahan hati.

Bukan aku tak cuba cari pengasuh lain. Yang berminat semuanya bangsa asing. Bangsa melayu masing-masing tak ambil serius nak jaga. Pernah sekali kami dah setuju nak letakkan pada sebuah keluarga melayu ni. Dorang pun beria setuju nak jaga. Tapi pagi esoknya ketika kami nak hantar Damia, dorang cakap tak boleh jaga dengan alasan ada temujanji. Sudahnya kami bawa Damia ke pejabat dengan rasa sebal. Sampai hati buat kami macam tu.

Sudahnya kami ambil keputusan letak Damia bawah jagaan taska. Sekurang-kurangnya Damia dapat bergaul dengan rakan lain. Dapat belajar. Duduk dengan pengasuh sebelumnya aku tak nampak perkembangan pembelajaran Damia. Agaknya memang takde diterapkan sessi pendidikan sesama keluarganya. Wallahulam. Tapi Damia memang minat buku. Jadinya aku harap, kalau duduk di taska dapatlah dia belajar sedikit sebanyak.

Belum lagi jumpa taska yang baik. Semuanya nak ambil awal tahun depan. Sudahnya kami putuskan letak Damia kat taska di kawasan perumahan kami. Dengan harapan Damia ok di sana. Aku tak boleh bawa Damia kerap ke pejabat. Dengan sikap rakan pejabat begini, bos lagi dan aku sendiri tak dapat beri tumpuan pada kerja, memang mustahil dapat fokus pada kerja harian kan. jadinya aku kena akur. Sama ada aku mengalah ambil cuti jaga Damia atau pasrah letakkan Damia dibawah jagaan orang.

Tengoklah esok. Rasanya kalau itu yang terbaik buat Damia, kami akan mula letakkan Damia bawah jagaan taska. Harapan aku, penjaga dan pengasuh di taska dapat beri jagaan yang baik pada Damia...

Sekarang Damia dah berdengkur tidur. Ayahnya baru hantar ke meja aku semula. Sayu hati tengok anak sendiri. Agaknya letih bermain dan sedih kena marah + pukul tadi. huhu....

12 comments:

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

Bila masuk bab keje.. kene herdik.. kene hina.. kene maki.. kene buli.. kte msh mampu bertahan.. dan terus bertahan.. tp bila msk bab anak.. kita kalah.. sayu hati bila anak yg kte kandung 9 bln diperlakukan mcm 2.. mmg sedih.. akak dapat rasakan.. sabar wan.. insya'allah.. akak doakan taska 2 mampu bg yg terbaik.. masa mula2 msk kan aqil taska akakpun risau.. tp alhamdulillah!!! aqil dah pandai sikit demi sikit bwk diri sendiri & taska dia pun bagus..

Whitey Mommy said...

alahai kesiannya damia... ya allah... sampai 3 keping daging burger bleh habis... mesti sehari suntuk tak makan ni... kesiannya... tak mungkin budak sekecil damia bleh habiskan banyak tu kalau meals yang diberi ikut time... ya allah... kenapa la tak jaga amanah orang sampai gitu kalinya...

AyuArjuna BiGoshh said...

sabarjelah wan....dialah yang buat kita nangis dan ketawa :)

CaDLyNN said...

ala sian damia...
biasala budak2 :)
blom reti bahasa...hehe

BIONIC WOMEN said...

Ya Allah wan, menitik air mata eily baca tentang Damia nih...
kalau wan dekat ngan eily, eily terima jg damia tuh dgn lapang hati..
at least boleh berkwn ngn kakak dhiya..hehe
Eily x boleh ler kalau dengan anak ni, sebab ni lah, eily berenti kerja wan...takut anak diabaikan oleh org yg kita amanahkan. Kalau wan sekat dgn subang jaya...bila2 masa leh antar kat eily..hehehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

doa banyak2 supaya ditemukan dgn org yg ikhlas.. rajin2 bertanya kawan2 yg tinggal berhampiran tempat mana yg elok jagaannya..
itu yg kami buat sehingga jumpa taska yg baik.dulu kami pk tasaka tak bagus sbb ramai budak yg perlu dijaga.. tapi sejak kami jumpa taska sekarang mmg kami buang stigma begitu.. mereka lebih ikhlas jaga berpuluh2 budak dari pengasuh yg cuma duduk umah tapi jaga anak kita sambil lewa dgn alasan dia sibuk masak & kemas umah!!

cicakgirl said...

comelnya damia =)

Momma Mia said...

Ya Allah sedih baca citer Damia nih... sampai hati dorang tu perlakukan anak kecil cam gitu...

Semoga dipermudahkan utk mencari taska yg baik tuk Damia. Semoga Damia akan lebih ceria dgn kengkawan baru

Mama Zharfan said...

bytk taska yg OK..moga2 damia akan dpt tempat yg ok jagaanya--u survey2 lah taska yg good reputation

sedih me baac entry u psl anak u nany jaga baca tu..sungguh tak berhati perut..pikir nak duit ajer..me tumpang geram

misyamissyou said...

lah..nape nanny damia cm tu..smpai lapar..3 keping skali makan..ishh..jgn la kak..banyak kes dgn nanny cuai la ape la..meh la kak..bw ke kat opis kak.ataupun hntar je kat sy..nak gak wt part time jadi nanny kpd Damia yg comey..hehee

♥♥syahadah♥♥ said...

mereka mmg nak duit je bukan ikhlas..
dah try taska pulak..mana tahu damia boleh berlajar ..ala ala playschool kan..

mama leen said...

kesiannya damia.. tak patut pengasuh buat macam tu.. sedih nbetul.. tak dapat bayangkan kalau anak2 saya macam tu.. nasib baik pengasuh saya yg last ni baik sgt.. anta taska pun ok gak dari pengasuh teruk macam tu..