imej ini aku gooGle ok
Semalam kalau aku menulis, aku jamin karangan aku akan menjela barang dua, tiga mukasurat kertas A4, dengan font bersaiz 12, typo: times new roman. Perenggan pula tentu jenis lebar-lebar dan tiap patah perkataan dihujungnya di akhiri dengan tanda seru. Tak cukup dengan tu pasti aku banyak boldkan beberapa patah kata.
Perkataan pula tentu tak indah. Banyak penggunaan patah perkataan yang silap sebab aku taip cepat-cepat. Lepas tu mesti disulami dengan patah perkataan 'sakti' yang keterlaluan banyaknya.
Tapi aku bersabar. Kawal diri dari mengarang ikut nafsu amarah. Puas aku wuduk, solat dan zikir pun rasa marah dan kecewa itu tak luntur. Bila nafsu sisi hitam dan syaitan bermaharajalela memang segalanya serba tak betul. Dunia rasa tunggang terbalik. Kalau aku luahkan barang sepatah perkataan pun tentu bunyinya lebih sumbang dari segenap lagu yang merosakkan pendengaran.
Lebih baik aku diam. Pendam je dulu sehari suntuk. Agak-agak rasa marah tu dah surut barulah aku menulis. Kala ini aku masih marah. Tapi marah ini tak sehangat semalam yang boleh buat aku tekan keyboard kuat-kuat sampai nak tercabut tiap butang. Jadi hari ini aku rasa lebih lega. Aku menaip dengan hemah. Aku berfikir sebelum menulis. Jadi bait-bait karangan ini kurang emosi kan.
Dengan luahkan marah boleh buat kita lega? Betul... Tapi hasilnya kita lukai hati orang-orang yang kita sayang. Sama ada sengaja atau secara tak sengaja. Jadi aku rasa bermonolog pada diri sendiri lebih baik dan mampu lampiaskan marah tanpa libatkan sesiapa.
Apa punca kemarahan aku? Pengasuh Damia. Mulai esok aku tak kan hantar anak kat dia lagi. Cerita lanjut nanti-nantilah. Aku takde mood nak hurai panjang lebar.
7 comments:
demi anak..semuanya demi anak...pasti nak yg terbaik buat anak :)
sabar yea wan...haduiiii, x abis ag kes pengasuh dia ek..aper dia wat ek sampai wan marah betul nih???/
k.ayu ~ tu la... harini terpaksa peruntukkan masa cari taska anak. kena abaikan kerja. kalau x seminggu ni terpksa bw anak ke opis. lagi susah hati ><
eily ~ bnyk... puas bersbr tp rs dah xblh sbr dah. org bila kita buat baik dorg pijak kepala. slh guna kebaikan kita hush...
dulu me pun macam wans..bagi muka kat pengasuh yela.. kesian.lagipun bukan baru kenal..tapi bila dia pun buat kita mcm org luar.. so what!! ramai lagi org yg ikhlas kat luar sana.. isk ne yg smgt jgak nak wat entry pasal sejarah pengasuh ne..alhamdulilah sekarang hampir setahun ariefamana kat nurseri.. cikgu2 bukan sahaja buat mengasuh & mendidik kanak2 sumber pendapatan tapi juga ikhlas & sayang budak2...alhamdulilah
baby ~ saya ni pengalaman dgn taska, pengasuh macam2 ada. serik juga nk hntr ke taska tp skrg dah masanya hntr damia pada taska. sbb kalau letak kat pengasuh xde kelas dan pergaulan pn terhad. haih... blm jumpa lagi taska yg diigini ><
Sabar wan.. Akak faham.. Mmg sakit ati ble sbut bab pengasuh anak yg tak memahami ni.. Tukarkan aja damia ke tmpt lain.. Mgkin itu lebih baik..
Post a Comment