Nuffnang

Friday, November 5, 2010

Makeover Wansteddy Studio! Superblah!

Dah lama nak update pasal perubahan layout template blog Wansteddy Studio. Tapi blog tu aku jengah bila nak masukkan design baru je. Kalau saja-saja nak lawat pun malas. Sungguh tak bertanggungjawab punya penulis! hahhaha...

Wa.... cun tak... Sila kagum macam aku...

Tapi satu je kelemahan blog tu, aku belum ubahsuai dengan header baru. Takde pikir konsep lagi. Aku ingatkan makan masa lama nak siapkan makeover tu. Tu la sebabnya aku asyik bertangguh pikirkan konsep header baru. Sampai sekarang belum buat apa-apa design lagi. Gasaklah. Pelan-pelan nanti aku design. Utamakan pelangganku dulu hehe...

Keseluruhan makeover dilakukan oleh designer berbakat Whitey Mommy. Aku hanya sumbangkan idea, sketch dan beberapa vector untuk dimuatkan ke dalam layout. Selebihnya aku serah bulat-bulat kat Sha. Malas nak pikir-pikir tengok hasilnya dah kemas aku setuju je. Trimas Sha, memang superb design lah!

Sebenarnya aku nak tempah dua design. Satu makeover untuk blog ini dan satu lagi di blog studio itu. Tapi berlaku sedikit masalah bila hasilnya tak dapat disesuaikan dengan format ie lama. Aku di opis masih pakai version ie lama ok.... harap maklum! ahahhaa... Bukan kerana setia versi lama, tapi sebab aku dah serik nak upgrade ke versi baru. Itu firefox tak dapat bukak kat komputer aku sebab gatal tanganlah nak ubah ke version baru. Sudahnya bila aku uninstall dan cuba install baru pun dia rejek. Sampai sekarang aku cuma dapat surf dengan ie (versi lama itulah jugak) je. Pastu nak upgrade ke versi baru dah fobia. Kang tak dapat bertenet aku, niaya je. Jadinya bersyukurlah dengan apa yang ada....

Sebab tu tak dapat buat dulu design template untuk blog ini. Tapi suatu hari bila dah takde masalah aku memang cadang nak makeover jugak blog ini. Insya'allah... moga-moga tercapai cita-cita tu.

Tapi tengoklah blog studio aku. Best je nak surf-surf... Berjoget-joget aku tengok baby pink dengan polkadot di sana sini. Aku suka! Aku suka!

3 comments:

Whitey Mommy said...

hehehe memang cantik... senang nak design.. simple dan semestinya pink... hehehe

cik hani said...

terer akak designnn...hehehe.

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

Hikhikhik Wan, akak pun dah x sabor ni.. Siap je header akak 2 nanti nak guna khidmat mommy rombak balik blog akak 2.. ngeh3!! dah sampai termimpi2 dah ni.. Header baru ngn background baru.. ala2 katun plak tp still pink & roses.. ;op