Nuffnang

Followers

Tuesday, November 9, 2010

Tinggallah Damia di taska


Pagi tadi lewat 5 minit masuk ke pejabat gara-gara hantar daftar Damia ke taska baru. Taska tu dekat saja dengan rumah. Boleh jalan kaki nak pergi ulang hantar dan ambil. Mula-mula gusar jugak hati ni sebab aku memang 'fobia' dengan taska. Sementelah dulu pun ada pengalaman pahit dengan taska, buat aku berasa cuak sangat.

Pagi-pagi macam biasa Damia berjaga dulu. Nampak aku bersiap dia dah cebik-cebik, sedih. Tapi aku pujuk cakap nak hantar ke taska. Beria Damia happy. Entah apa yang Damia pikir gamaknya. Mungkin dia salah anggap aku cakap kakak. Beria dia happy. Lupa langsung rasa sedihnya.

Lagi buat Damia happy, bila ayahnya dukung bawa ke kereta. Selalunya ayah hantar ke rumah pengasuh, Damia dah moody. Tapi hari ini nampak sangat Damia ceria. Agaknya dia ingat kitorang nak bawa ke pejabat lagi macam semalam.

Elok berhenti saja depan taska yang dimaksudkan, bukan saja Damia, aku pun rasa teruja. Memang layaklah disebut taska. Ada ruang bermain, belajar dan beriadah. Warna pun ceria. Ramai pulak kawan baru, abang dan kakak. Damia jadi lupa kewujudan aku dan ayahnya. Beria main permainan dalam taska. Bila ketua taska pimpin Damia ke bilik sebelah pun Damia tak hirau pun aku panggil ajak bersalam huhu...

Yang buat aku risau pasal pemakanan je. Kalau salah jaga memang boleh naik alergiknya. Harap-haraplah para pengasuh dapat jaga Damia dengan baik. Harini gigih aku kena buat senarai makanan yang boleh dan tak boleh Damia makan. Buat rujukan pengasuh.

Soal bayaran aku tak kisah. Sama je nilainya dengan hantar kat pengasuh dulu, RM280. Tapi tak perlu sediakan bahan mentah lagi. Memang taska dah sediakan, mujurlah... Tapi mungkin aku akan tetap sediakan jajan untuk Damia makan-makan. Tak perlulah semuanya bergantung kat taska kan.

Aku harap-harap Damia rasa selesa dan serasi di taska barunya.

6 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cuba dulu ye wanz..
dulu ila penah hantar pengasuh murah 30 je dari taska tapi pg2 kena masak utk makan pagi, tghari, ptg!! ingat kita ne ada masa ke?? tapi ila tahankan sbb ada stigma yg salah ttg taska(mcm wanla penah ada kes jugak dgn taska dulu). tapi selepas beberapa lama bersabar bukan sahaja sebab kena masak pagi2.ada hal lain yg buat ila lagi sebal ila amik keputusan tekad hantar taska selepas sesi carian hehe.alhamdulilah baru 1 week amana dah pandai menyanyi, pandaila kira mengeja walau mcm puting beliung..and nampak happy sangat.. balik je cerita pasal kawan2..oh lupa lak amana dulu pun macam damia bila hantar g umah pengasuh tue melalak2..masa tue dah pandai berjalan siap kejar lagi ila kat pintu (masalah tul nak g keja pagi2).. bila amik waktu balik langsung tak toleh pengasuh seolah2 cakap "aku tak mo datang sini!!".. tapi bila hantar nursery macam tak mo balik tau... hopefully damia pun macam tue... kita usaha yg terbaik utk anak2... sekarang dah hampir 1 year tau kat situ.. kalau boleh nak beli umah baru pun kat tepi taska tue hehe

Whitey Mommy said...

wah... hebat damia... hehehe... mau pulak dia pergi ke taska... pagi2 dah mencemik sebelum hantar ke umah pengasuh tu... dah nampak sangat damia tak happy duduk dengan pengasuh tu...

Unknown said...

sian damia.. x pe lah, lama2 die sure akan serasi.

AcuRose said...

da berhari2 tak jenguk sini.. sedey baca citer damia tu.. kita ni wan kalau dlm dilema takde lain mesti hal anak2..acu pun penah lalui semua tu..tpi insya'allah hari2 sukar wan tu akan berlalu. Cuma nak fikirkan anak atas jagaan org ni ada perit skitlah.. kena bagi taska probation dulu ni wan..kalu susah sgt hantar kat acu bak acu jaga hehe...

Bukan Bidadari said...

ok gak taska kan? .... byk kawan.... byk bole belajar.....

Mama Zharfan said...

ok kot kat taska tu :) moga2 semuanya ok :)