Cak! Cikit je design boleh share
~ne ne ne ne ne...!~
Lanjutan minggu lepas bila ada yang komplen design untuk dorang tak jalan lagi. Iyelah dah aku kata aku sibuk tak reti bahasa ke apa? Hakak kalau marah, muka ketat! hahahha.... Hari ini langsung takde peluang nak berblog sesungguhnya. Padahal hati berkocak sakan nak upload picca kat Bukit Merah nak update kisah terkini.
Tapi kerja aku tengah banyak. 40 badge design untuk warga pejabat. 40 design okey. Baca sekali lagi perkataan sebelumnya untuk efek mendebarkan. Dan iye. Percuma. Ada ke kalau bawah kerja pejabat kita kena bayar? Gaji bulanan tu menanggung yang itulah. Tapi.... penat juga yeh. Penat aku perah otak nak variasikan karektor.
Buat sketch pun tak menjadi. Sudahnya aku terus berimaginasi kat komputer. Sempat design kerja tempahan untuk dua blogger. Dah email yang final. Harap-harap takde masalah.
Aku cukup kusut bila menulis entry tentang hal komplen-komplen gini. Secara tak langsung aku mengheret sekali pemikiran negatif pembaca entry ini. Korang akan rasakan aura panas yang tak selesa. Bergelumang dari kaki singgah ke hati terus pergi ke kepala. Kusut. Itulah sebenarnya. Jadi sebelum rasa kekusutan ini meruap-ruap ke kepala korang dan aku juga, marilah kita balik rumah. Aku dah penat. Kat rumah, jangan harap aku nak bukak komputer dah. Cukuplah jerih perih aku menghadap komputer dari jam 8.30 pagi ke 6.30 petang gini. Kalau sampai malam pun aku kena hadap komputer jugak.... hang kepala aku! Berasap! hahaha...
Esok tengoklah... mesti kurang berblog jugak aku. Sambung tugasan hari ini. Pastu kena masuk meeting yang ditangguh ke esok hari. Wu wuuuu... Kerja belum siap.... Gulp! memang la.. dah tugasnya dapat hari Khamis petang boleh je siap 40 sekaligus dalam masa sehari? hohoho.... Aku bukan superwomen.
7 comments:
betul2... hm... kekadang...duk depan lappy berejam pun tak leh idea... huhu
giller byk tu--4o design...me dgr pun rasa nak pengsan!
skrg nie org pompuan trpaksa jadi superwomen dik.....
mama zharfan ~ poning! hahaha... nak2 panik tu kerja bkn utk geng2 biasa. utk ketua2 atasan jugak huhu
k.nza ~ hahaha... kerja dah bukan tahap 2, 3 kena handle pendek kata semua perkara kena pk mmg tension kalau kenang2 :(
sian nye dia..pelan2..buat mana yg paling penting dulu...tapi banyak tu 40...
mak ai..aku mendengarnya pun dah pening..
semoga bertabah..
Post a Comment