Nuffnang

Followers

Wednesday, December 29, 2010

BERAHSIA lebih baik?


Mood berblog aku agak menurun baru-baru ni. Maka tak hairanlah kalau pengunjung pun kian suram. Banyak sangat cerita yang aku tak tulis sedangkan dah berbakul karangan dalam kepala ni. Tapi kalau hal peribadi kita pun orang boleh buat jalan cerita di belakang... Fedap jugak aku! So... mood ini menurun pun gara-gara malas nak tambah kontroversi.

Kadang tu aku sampai rasa malas nak update segala cerita pasal menang contest, join contest baik dalam blog mahupun dalam facebook kalau itu lebih buatkan orang lain selesa. Tapi aku lebih suka karangkan kisah kemenangan tu. Bukan nak menunjuk sama sekali tidak untuk riak. Sebaliknya untuk kenangan seumur hidup.

Pernah suatu ketika aku berhenti sementara update kisah-kisah menang contest. Banyak jugaklah hadiah yang tak dipaparkan dalam blog. Semuanya gara-gara terima satu mesej 'dengki' dari anon yang entah dari mana. Aku cakap dengkilah sebab aku tak suka cakap berlapik dengan orag yang suka membuat onar di sana sini. Pandai menyamar tak reti beradab, selarkan kemenangan kecil aku tu tak perlulah diwar-warkan. Heh! Kecil ke besar ke. Mahal murah hadiahnya bukan isunya. Tapi yang penting ingatan kita pada hadiah tu. Penghargaan kita pada penganjurnya. Kadang tu sekali je gunapakai hadiah tu, tah kemana kita taruk pastu lupa terus. Kadang hilang. Sayang je tak simpan sebagai kenangan dalam blog kan.

Yang penting apa sebenarnya niat kita berblog ni? Untuk bermegah-megah dengan harta yang kita perolehi? Untuk menunjukkan betapa gahnya kita di kalangan blogger? Atau untuk kepuasan diri sendiri? Tepuk dada tanyalah selera.

Ada kalangan blogger mula menulis dengan niat mengasah bakat menulis. Ada yang ingin abadikan kisah peribadi dalam diari harian dan kongsikan bersama pembaca yang lain. Ada yang dengan niat sertai pelbagai contest giveaway tak kira mahal murah hadiahnya. Ada yang menulis untuk tujuan hiburan dan nasihat. Ada yang ingin majukan perniagaan cara online dan sebagainya. Kalau aku huraikan lebih lanjut aku juga yang pening. Soalnya isu ini hanya blogger-blogger boleh menjawabnya jujur pada hati sendiri. Kerana kalau jujur menjawab pada orang lain, mereka boleh kena hentam pulak. Nak-nak kalau niat tu boleh disalahertikan. Jadi kita berbloglah secara aman. Apa yang susah sebenarnya? Pemahaman pembaca sekalian. Kadang kala lain maksud kita, lain pulak cara pembacaan dan pemahaman mereka. Kemudian mulalah berlaku salah sangka dan bermasam muka. Susah nak fahamkan semua pihak. Lebih baik berdiam je kalau itu boleh elakkan kontroversi.

Dan betullah aku rasa, berahsia lebih baik. Kalau itu buatkan kisah aku tak akan diprovokasikan.

14 comments:

cikceriacorner said...

teruskan berblogging..don't give up..heheh..dulu aku da malas..tp la ni rajin sikit..heheh

mimie1678 said...

setuju ngan cikceriacorner.... if blogging makes ur life happy... carry on sis! padulikskan sumer org.... u know wht u r doing... yg anon2 nie sllnya sakit! hehehe...

Mama Zharfan said...

jgn ler sbb anon sorang kita jd give up berblogging...
anyway, me belum sempat buat research psl soalan wan...minggu ni sgt bz berboxing--ari ni pun masih ada misi boxing ni, jap lg nak kuar hehehe

Wansteddy Tales said...

k.teq ~ tahap rajin aku ada pasang surutnya... mood harini sngt mendung coz dmam sama ni haha

Wansteddy Tales said...

mimie 1678 ~ thanx mimie... kes anon tu dah lama berlaku sekitar bln julai ogos gitu. mmg xlayan komen remeh gitu tp insiden baru2 ni buatkan saya rs give up nk publish entry psl contest. boring dah dgn slh pengertian org lain :(

blog-tips-kurus said...

susah nak puaskan hati semua peminat kita..(poyo!)
#yang penting, kita tak pinjam $$ depa:)

Wansteddy Tales said...

k.suziey ~ seingt wan masuk anonke3 atau myb org yg sama :( so wan xpk isu anon ni problem cuma rasanya dah malas kot nk update sngt klu buat gitu leh elakkan kontroversi. lagipun berahsia ni ada pekdahnya juga hhahaha... ooo xpe k.suziey... wan pn da slow down bab tu. tp ada fakta sahih nnt wan akan teruskn juga niat pubblish entry yg berkenaan hehe... xtau dah perkembangan dia yg terkini. masih teruskan plagiat ke atau dah ubah hala dsgn. yg pasti wan rs lebih baik xamik tau dr terus mkn hati, haih...

Wansteddy Tales said...

blog tips kurus ~ betul juga... kdg tu kita xde pk pn nk menunjuk org plak blh buat slh sangka. atau myb dorg dah tau kita xde niat lain, tp sengaja bg kita sentap haih...

mummy_ayu said...

ye la..jgn sbb anon sorang je nak merajuk dr dunia blog nie..
terus je..tu ckp2 org dengki je tu..ok..caiyok! caiyok!!

Anonymous said...

keep blogging kak..biasenye yg anon ni org yg tak blogging..dia ape tau..tau stalking dgn ckp kata2 meruntuhkan semangat orang je..

adianiez AIDA said...

pd aida, aida berblogging ni utk luah kan perasaan sendiri. cerita-ceriti dlm blog aida semua nyer peribadi yg tak brape peribadi. ianya best di share kan krn kita hidup ni pun berdasarkan pengalaman...

jgn la kritik penulisan org. sendiri punyer blog, sendiri jaga. tak suka, jgn baca. kan? so, wan continue buat pe yg wan suka tau.

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ thanx ayu, betul jugak ckp korang. watpe nk telan ckp2 anon ni biarpn secara live pn boo layan kan je la. malas nk ingt2 buang masa semak pemikiran je :P

Wansteddy Tales said...

misyamissyou ~ 100% setuju! tp yg ada blog dan suka menyamar pn ramai, rajin xrajin nk detect je :D

Wansteddy Tales said...

adianiez AIDA ~ thanx aida... alangkan kawan depan mata selalu jumpa pn blh slh fhm tentang kita apatah lg kwn yg xpernah langsung tentang mata kan. tp yg buat wan bersyukur sekrgnya ramai rakan blog sudi beri smngt kat wan sama ada dlm ssh atau senang :)