Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, December 20, 2010

Komputer aku BUAT HAL!

Untuk hari kedua kerja aku tak jalan. Bukan aku buat kerja sambil berjalan okey. Komputer aku pulak bermasalah yang bakal kena hempuk! Aku dah standby barang dua tiga buku tebal. Agak-agak dia hang lagi, aku katok! Gasaklah Jabatan punya ke nenek aku punya ke. Dah membuang masa separuh hari aku menggodeknya sampai naik angin ini. Dah la isu lain pun menghangatkan hati.

Jangan kata aku malas buat kerja. Dengan kerja pejabat, tempahan semua tak boleh dilangsungkan. Giler tak! Nak marah sungguh ni. Besarnya dugaan masa aku tengah kelam kelibut ni! Nampaknya seharian masa yang ada ni aku akan buat kerja lain je la SELAIN hadap kerja-kerjaku.

Sementara nak tunggu hubby balik dari Shah alam dan tolong pomen my komputer. Sementara hati ini boleh bersabar dari teruskan niat.... Hempuk Komputer ni sepenuh jiwa dan raga!

1 comment:

CaDLyNN said...

hempuk kuat2 sikit ek..hahaha..sabar2..