Nuffnang

Thursday, January 27, 2011

Berita baik & Berita buruk hari ini...

Aku ada berita baik dan berita buruk. Nak tulis yang mana satu dulu? Hurm... Berita baiklah dulu. Hari ini jam 4 petang, aku selamat terima semula komputer aku yang asal. Syukurlah segala virus yang dah lama bertapak dalam PC ni selamat dihapuskan semuanya. Setelah digantikan dengan mother board baru, aku rasa macam tengah godek-godek PC orang lain. Serba serbi kosong termasuk semua kerja-kerja lama aku! 

Ye... Itulah berita buruknya.... Sepatutnya aku punya 80GB file dalam PC ini. Yang sempat aku selamatkan 50++GB dalam external hardisk. Selebihnya... ikut terkubur dengan segala gadget rosak yang lain. Haru? Haruuuuuu.... Sedih? Sedih.... Aku dah tahap blur tak reti nak komen apa dah.

1) Segala software belum diinstallkan lagi. Software adobe illustrator dan adobe photoshop yang pentingnya sebab kebanyakkan kerja aku gunakan dua software ni. 

2) Installer lama aku ikut lesap sebab aku tak sempat nak simpan dalam external hardisk. Terpaksa menagih bantuan sesiapa yang ada simpanan installer ni.

3) Dengan rasminya aku maklumkan 2 header yang siap sepenuhnya, 1 header separa siap, 1 header baru mula design, dan 2 keluarga dolly ikut burn.... Gigil aku nak kena design balik. Semuanya! 

Minta maaf banyak-banyak pada Mommy Phea, Eily dan Zarina. Sepatutnya aku rancang, kalau terima saja PC ni harini, aku nak email terus mana-mana design yang dah siap tu. Tapi bila PC kena format tadi, aku tak dapat selamatkan kerja-kerja design untuk dorang tu. Penatnya... Tuhan sajalah yang tahu. Masa design semua tempahan kawan-kawan tadi, aku tengah serabut dengan kerja di pejabat dan entry contest Nuffnang baru-baru ni. Memang takde rezeki betullah...

Aku yang bersemangat baru-baru ni, jadi lebur sikit rasa happy tu. Terpaksa mulakan semula apa yang hilang. Dan nyaris-nyaris buku skecth aku hilang hari ni. Masa nak pergi lunch tadi, tergedik aku bawa konon-konon nak buat skecth apa yang patut sambil-sambil tunggu order makanan. Tapi sebabkan aku makan makanan hidang segera, takde masa nak duduk saja-saja skecth tadi. Bila balik, berlenggang kangkung je aku ke opis tak sedar buku skecth tertinggal atas meja makan! 

Mujurlah hubby ada tolong ambilkan, tu pun lepas didesak-desak oleh bininya ini yang sedang cuak! huhuhu... Dan nasip baiklah juga buku tu tak hilang. Nasip baiklah owner kedai De' Laila tu sudi simpan buku aku. Semuanya bernasip baik. Seperti yang aku cakap dulu. Walaupun buku tu dah kepam macam roti penyet, ia sangat berharga untuk aku! Tersimpan segala khazanah idea aku kat situ. huhu... Kalau hilang... dimanakah kan kucari ganti....

Kesimpulannya hari ini.... Aku terima juga khabar gembira pasal menang contest dan komputerku dah kembali ke pangkuan tuannya. Tapi berita buruk hilang artwork dan pasal meja kerja lebih melemahkan semangat. Sedang entry ini ditaip... aku belum jumpa installer yang sesuai. Bengangnya akuuuu....

8 comments:

Mama Zharfan said...

congrats yer..wan menang contest apa ;)

Wansteddy Tales said...

Trimas K.Suziey, belum berpeluang update lagi. Hadiah pun belum ambil. wan menang contest Magz Women's Weekly, contest Dora & Bella lagi satu contestnya wan lupa, alhamdulillah :)

NzA said...

ooooooo...mmg sedih la...lappy akak pn dh kena 23 hr lepas ttp nasib baik kt sk ada juruteknik ICT..dia yg buat reformat...ttp program yg dh diinstall dh xdelh...hu.....

So Shy Lady said...

wah wah wah mnang sakan nmpak. tahniah wan

Wansteddy Tales said...

K.Nza ~ itulah... sama kes la kita kak. harini masuk kerja je kena install segala software yang hilang. Bukan 1, 2 je.... bnyk kerja tertangguh harini.

Wansteddy Tales said...

So Shy Lady ~ ahahha... trimas kak, nak karang entrynya hari ni, kalau sempat :3

kakyong said...

kalo kakyong jd wan, tak tau la camno.. letih nya nak design semula.. dah le koje wan tu koje yg makan masa...

Wansteddy Tales said...

Kak yong ~ tak terkata apa dah k.yong. nk nyesal sedih marah pn xguna. bg tmbh stress je. sbb tu wan buat rileks2 je padahal dlm hati kecewa sungguh :( kalau ada masa wan karangkan entry perjalanan hidup wan bulan januari ni. Penuh dukacita dan suka2 sikit :) cabaran betul utk bulan januari ni. Harap2 bulan depan dan berikutnya kan beri lebih kemudahan buat wan, insya'allah.. amin...