Nuffnang

Followers

Wednesday, January 26, 2011

The making yang buat pening!

Semalam barulah sempat siapkan entry penuh A Magnolia Sherbet A Day to remember refreshing, and unique Fruity Taste! Sebenarnya dah lama aku karang entry ni. Siap ada 3 versi lagi. Versi pertama dan kedua aku manipulasi dalam satu entry maka terhasillah macam entry semalam. Entry ketiga, timbul ilhamnya lepas 30% hasil kerja aku mulakan. Tapi sebabkan dah susah payah design template design sebelumnya, idea tu aku simpan. Mana tahu boleh guna pakai untuk entry berikutnya pula. Apa pun trimas atas kunjungan kawan-kawan dan pada yang sudi titipkan komen :D
Ini contoh lukisan vector dalam file aku. Bersepah sana sini. Belum tengok vector yang asal. Maunya muntah darah korang jadinya. Mata sana hidung sini mulut terlondeh segala. hahha... Kalau korang tengok skecth book aku dah macam roti kena penyet dah. Lemau sebab asyiklah aku bawa sana ke mari. Tak boleh hilang, sebab kat situlah tercatat khazanah ilham-ilham aku. Bukan tak boleh simpan dalam kepala. Tapi lazimnya kalau aku tak catatkan atau lukis idea aku dalam buku skecth tu lama kelamaan leburlah idea tu. Kalau ingat pun idea dah menyimpang. Tak sama dah dengan idea asal.
Permulaan aku buat entry ni. Aku study pasal buah-buahan dulu. Sebab sherbet ni berasaskan buah-buahan, maka aku cuba selitkan sedikit info pasal buah-buahan ni. Mustahil Magnolia saja-saja je letak buah-buahan dalam aiskrim dorang kan. Mesti ada sebab. Dan ternyata semua jenis buah yang disertakan dalam kandungan sherbet tu semunya ada faedah dari segi kesihatan. Jadi sambil makan, kita pelihara kesihatan juga. Berikutnya kerja-kerja skecth watak. Yang susah sebenarnya nak buat expresi tu. Sebabkan inilah pertama kali aku lukis ekspresi khas untuk watak ni, kebanyakan vector baru ni kena study ekspresi muka orang dulu. Tapi aku juga suka manga style tau. Maka tak hairanlah ada unsur-unsur manga dalam kartun aku kali ni.
3 minggu. Sedangkan orang lain berebut siapkan entry lebih awal sebab kejarkan tarikh hantar entry ni. Ada contest kreatif slogan untuk tajuknya. Aku dah terlepas peluang tu. Sedih tak? huhu... Takpelah, takde rezeki. Aku gigihlah siapkan juga entry ni. Kalau tak publish, 2 kali rugi jadinya nanti.

Lepas publish entry tu tiba-tiba datang idea nak ajak kawan-kawan baca entry aku ni. Sambil baca, dorang ada peluang memenangi hadiah misteri dari aku! Ahahahha... tujuannya aku nak pembaca tidak sekadar baca, tapi tinggalkan jejak mereka. Sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang baca kan. Tapi kalau dah mintak tolong tinggalkan jejak, aku rasa lebih manis aku sediakan cenderahati bagi yang bertuah.

Macam-macam komen aku terima. Ada yang berikan nasihat berguna dengan menggunakan prosa kata yang sesuai. Aku hargai cadangan tersebut. Insya'allah bila berpeluang aku akan paparkan komik aku yang selitkan penggunaan nahu bahasa melayu yang betul. Fahaman dari pembacaan dan penglibatan aku dengan dunia komik sebelum ni mungkin tak sama dengan yang lain. Adalah menjadi perkara biasa kalau kita tengok kartun-kartun menggunakan prosa kata yang pelik-pelik. Tujuannya untuk mewujudkan unsur lucu di situ.

Ada juga yang titipkan pantun khas untuk aku. Wah! Terharu sungguh tau. Trimas Adil sebab sudi perah otak titipkan pantun yang sungguh menambat hati... Aku kongsikan bersama di sini.

"Tersentak seketika gara-gara pos baru,
Datang menjenguk blog Wansteddy,
Alangkah ku kagum dan rasa terharu,
Membaca kisah aiskrim yang funny dan happy.

Itu dia kreativiti Wansteddy ditonjolkan,
Wansteddy bersama F&N megah beraksi,
Manggis laici tembikai susu dan limau diketengahkan,
Khasiat mereka bersama dikongsi."

ilham dari Adil

Hari ini barulah berpeluang melawat blog kawan-kawan yang sudi singgah bagi komen dan tinggalkan jejak kat chat box. Masih terkekang dengan tugasan pejabat sebenarnya. Tapi aku boloskan diri sekejap singgah mana yang sempat. Sambung kerja...

14 comments:

Unknown said...

sempat lagi dpt idea nk buat lucky draw ye.

Wansteddy Tales said...

chugie ~ hahaha harap2 apa yg dorg komen pn akan beri sdkt kemanisan utk dorg :D sbnrnya nk tau siapa yg lawat entry tu je. tp bila ada yg titipkan komen tu rasa lagi best kalau wan sediakan sikit saguhati pd yg bertuah :)

Mama Zharfan said...

moga ur hard work berbaloi ;) all the best yer ;)

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ tidaklah terlalu berharap k.suziey... macam wan buat utk lain2 contest nuffnang pn xpernah lekat menang. oh sekali je la contest nuffnang, narnia, dpt 2 tiket free. sbb mcm wan bgtau dlu, kelemahan entry wan, dlm BM.

Adil said...

waah tq !
Ya Allah tak smpai perah otak pown..hahha maen taip je tuh.. asalkan perkataan belakangnyer sama..hehhe ;D

Wansteddy Tales said...

Adil ~ menulis tu pun karya juga hatta sebaris perkataan. bak kata quote yg besh:

"untuk membahagiakan diri sendiri, kita perlu bahagiakan orang lain dahulu"

terbukti quote tu benar. thanx Adil :D

Unknown said...

Wans...
ni memang kerja yg penuh kesungguhan.. nak tengok n3 yg 2 in 1 tu... gud luck

Nia said...

terkesima tgk entry Wan tu!
saya tgh buat jgk, baru siap 30%..huhu..
kalau tak siap, tak submit la jawabnya.

Wansteddy Tales said...

k.yong ~ itulah k.yong.. wan rasa nilah antara entry yg buat wan stress sbb wan kejar deadline kerja lagi. komputer rosak 2x. file2 commision order 4 design lebur. mmg separuh hati nk teruskan mula tu sbb bnyk nk kena design. tp once design dolly kerja dah siap. rempit 2hari berturut2 berjaya jugaklah nk publishnya walaupun terlepas yg draw best slogan tu. real skecth entry dlm skecthbook wan. nntlah ada masa wan scan n tunjukkn serba sedikit idea asal wan dlm blog. hahaha... confirm bg pening pembaca je k.yong. tulisan carca marba gitu X3

Wansteddy Tales said...

Nia ~ up lagi Nia, 70% kalau bersungguh sekejap je siap. wan pn mulanya 30% dah give up jugak. tp paksa diri bila dah syok design, terus jalan. summit je Nia, insya'allah murah rezeki! kadang tu yg last mnt kita join tu la dpt perhatian admin ;)

CikgooSue said...

Seronok baca entry Wansteddy... cantik kartun2 tu... comel2... moga berjaya!!! ;)

Wansteddy Tales said...

SuNsuRiA ~ trimas Suria :D jarang saya ambil masa lama karang entry. selalunya karang dan simpan dlm draf lepas tu delete bila dah lama sangat tak publish. tp dek kerana kejar deadline gigih jugalah siapkan full entry :D

CaDLyNN said...

good luck! sangat comey dan kreative entry tu...

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ trimas Cik Lynn :D