Nuffnang

Followers

Tuesday, January 4, 2011

CSI: Crime City ~ Online Game Besh!

Aku memang penggemar game arcade. Dan penggemar siri drama CSI! Tapi kegilaanku sekarang bukan pada drama yang diulang tayang kat slot AXN tiap ahad tu. Sebaliknya pada game online CSI yang bertaraf antarabangsa ni! Gempak okey... Karektor ikut muka pelakon asal. Kelakar juga tengok mini karektor CSI dalam bentuk dolly yang comel gitu! Seperti dramanya yang penuh saspen, game online ini pun punya ciri yang sama saspennya. Kita boleh pilih karektor pilihan, sama ada nak jadi agen perempuan atau lelaki.

Kalau nak proses bahan bukti kenalah ada ruang kerja macam makmal segala kan. Aku dah ada mesin buat kopi. Tapi tak boleh guna untuk diri sendiri, ciz! Kena bagi kat lawan lain secara percuma. hahahha.... Sapa nak kopi free, bagitahu kat aku. Segera aku kongsikan dalam wall facebook yek!

Rujuk bubble pink untuk tengok status game aku yang terkini. Baru level 9. Tu pun aku banyak tinggalkan kosong beberapa jejak sebab nak jimat tenaga. Satu kotak dengan lapik berbeza perlukan tenaga kerja yang berbeza. Sebab tu tenaga cepat habis. Pastu nak tunggu tenaga full bar kenalah tunggu beberapa jam okey... Kalau korang berkemampuan, gunalah kad kredit untuk beli pelbagai jenis kopi untuk tingkatkan tenaga. Tapi kalau tak nak membazir. Jadilah pemain game yang penuh kesabaran sepertiku hahaha....

2 comments:

nuraarin-life said...

suka suka suka sangat dgn CSI.. game pun mesti best punyer

Wansteddy Tales said...

nuraarin-life ~ beshhh.. jom lah join!