Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, January 10, 2011

Keluarga harus diutamakan

Harini terpaksa ambil cuti kecemasan. Damia masih demam. Dah bawa ke hospital sabtu lepas. Aku bukan tak nak pergi klinik. Tapi kalau pergi klinik swasta. Jumpa doktor kejap. Pegang sikit, cek mata, mulut sikit. Cakap asal berbasa basi sebab nak kejar pesakit berikutnya. Kita kena ambil ubat. Pastu resit.... mak ai! Tak berbaloi dengan jam yang kita tunggu dan jumpa doktor kejap tu hurm... Sudahnya aku lebih suka pergi hospital.

Biarlah makan masa lama pun nak tunggu giliran. Bukan faktor duit tu yang aku rasa penting sangat. Tapi sekurang-kurangnya di hospital, ada disediakan khidmat cek darah. Kita boleh tahu status kesihatan kita juga. Alhamdulillah... doktor bagitahu damia ada sedikit je jangkitan. Mungkin dari selsemanya.

Demam Damia malam je menjadi-jadi. Siang, on off. Ubat pulak bukan dia nak makan. Punyalah liat nak telan. Kendian macam-macam skill dia nak buangkan ubat tu dari mulut dia. Sembur la. Buat macam berkumuh la... Tah mana belajar. Genetik kot. Mak aku cakap, masa kecik, akulah anak paling susah nak makan ubat. Macam kena rasuk tiap kali nak makan ubat! hahha...

Banyak kerja nak diuruskan. Tapi semuanya tergendala jadinya. Kepada yang designnya masih tertunggak, harap kalian boleh bersabar... Keluarga perlu diutamakan. Tapi ada masa aku design sikit-sikit dari rumah ni. Tapi dijamin tak siap la. Kurang fokus. Kuranglah produktif hasilnya.

7 comments:

mamaqari said...

semoga damia cepat sembuh

AcuRose said...

Tak yah la gi kerja wan.. dari tak senang duduk kat ofis baik jaga anak. Senang skit hati. Syukur jangkitan damia tak serius. Aunty acu doakan damia cepat smbuh ye.. :)

Ema said...

Tak pe.... kalau anak tak sihat bukan kite bole buat kerja kan?....

semoga cepat sihat damia....

cikceriacorner said...

moga cepat sembuh..musim la wan...byk demam la ni..

AyuArjuna BiGoshh said...

moga semuanya damia dan hubby wan cepat sembuh

Mama Zharfan said...

moga damia cepat sembuh yer :)

Wansteddy Tales said...

trimas semua...