Nuffnang

Followers

Wednesday, January 12, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race


Pada suatu hari... aku terjumpa satu contest anjuran Nuffnang. Nama contest ni Om Nom Nom Your Way to Hong Kong! Yang bestnya contest ni ala-ala Amazing Race! Sebuah rancangan ekspedisi kegemaranku tau!

Kerana teruja sangat, tak sempat baca syarat penyertaan. Aku pun terus isi entry yang kreatif dengan harapan admin Nuffnang pilih penyertaan aku di kalangan 60 blogger yang lain! Kalau terpilih nanti hadiahnya melancong ke Hong Kong selama 3 hari 2 malam! Sapa tak nak melancong free kan...

Lepas tu aku pun tunggu keputusan pemenang. Tunggu punya tunggu dengan penuh kesabaran...

Akhirnya pada hari pengumuman pemenang, aku terpilih dikalangan pemenang tau! Sungguh suka. Sungguh teruja! Sampaikan aku melompat, kerusi patah. Happy sangat-sangat sebab dapat join contest ala-ala Amazing Race tu!

Kerana nak tampil semangat dan penuh stamina, aku gigih berusaha jalani senaman yang penuh cabaran. Antaranya berjogging, berenang, berkayak, angkat berat, dan lain-lain lagi.... Hasil senaman penuh tekad itu, aku berjaya turunkan banyak kilogram dari badan sendiri! Beshhhh!

Tiba masa hari pertandingan. Aku dengan semangat berkobar-kobar nak pergi awal ke tapak pertandingan. Harap-harap aku tak ketinggalan. Perjalanan aku menuju ke Modesto’s, Capsquare.

Tapi... alangkah terkejutnya aku bila tengok peserta yang lain sedang santai makan-makan tak ambil peduli orang lain. Masing-masing berlumba-lumba makan dengan banyaknya!

Haaaa??? Aku sungguh tak sangka! Rupanya contest Om Nom Nom Race ni memang contest makan-makan. Dikalangan 60 peserta, kami dibahagikan kepada 4 orang dalam setiap kumpulan.

Owh! Aku baru je turunkan berat badan sebab bersenam dengan gigih selama seminggu. Harini demi contest ini kukorbankan juga lebihan lemak masuk ke rongga... huhuhu... Takpelah yang penting dapat menangi contest ni. Kumpulan pemenang pertama dapat bercuti ke Hong Kong. Kumpulan kedua yang menang dapat 4 x HTC 7 Mozart setiap seorang. Dan setiap peserta (60 orang) diberikan Maxis goodie bags.

Contest ini dijayakan oleh Nuffnang. Aku teruja sangat nak join contest Maxis Om Nom Nom Race sebab berpeluang memenangi hadiah lumayan lagi besh! Dan lagi, aku sangat teruja sertai contest yang libatkan makan-makan. Makan free itu besh. Lebih besh kalau ia memang sedap seperti yang selalu disajikan di Modesto’s, Capsquare. Yang paling besh, contest ini menuntut erti kerjasama sesama pasukan. Kalau nak menang sorang-sorang je tak jalan. Semua haruslah.... Bekerjasama! Itulah syarat menuju kemenangan. Aku nak join! Aku nak join!




Jemput klik link Maxis untuk fahaman lanjut berkenaan iPhone 4, the Finder301 application dan Wireless Broadband yang dibawakan oleh Maxis: Nak join contest ni nanti kena tahu guna aplikasi ni tau!
http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp
http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#

Contest tamat petang ini jam 5 petang. Marilah join. Mana tahu kita berjaya keperingkat seterusnya. Bolehlah makan-makan percuma, sedap lagi meriah disamping kawan-kawan baru!

8 comments:

Miss Moon said...

wahhhhh ai like ur entry la

sangat comelssssssssssssssss

Wansteddy Tales said...

Miss Moon ~ trimas :D last mnt semuanya harap2 admin sempat terima b4 due :)

aiDieNa said...

I wish u all the lucks... hehehe.. contest nie memang menarik.. me mmg minat nak join at the first place tgk iklan nie menari² kat blog.. tapi.. keadaan membataskan segalanya.. wat per join kalau dapat pegi nanti kena cancel lak kan.. huhuhu...

~Serenity~ said...

haha,kreatip...good one kak wan..;)

Teratai Ibunda Catering said...

sumpah comel ur entry.good luck ye~

Wansteddy Tales said...

aidiena ~ saya mungkin tak dpt pergi ke peringkat seterusnya. Nuffnang dah bgtau tadi. kalau harini xdpt sebarang respon email dr dorg maknanya tak berjaya ke peringkat seterusnya sob3... penat2 daku berusaha gigih demi contest ini :(

Wansteddy Tales said...

serenity ~ trimas Aja :D kalah pn kalahlah janji lepas sudah idea kat kepala ni :D

Wansteddy Tales said...

Teratai Ibunda Catering ~ trimas :D terharu baca komen ini. sebabkan terharu saya baca 3x stetmen anda huhu...