Nuffnang

Followers

Tuesday, January 25, 2011

Projek masih ongoing!

Harini hati aku asyik berdebar-debar je. Adakah kerana Damia? Kalau pasal anak dara aku, aku harap tidaklah berlaku sesuatu yang tak diingini. Semoga Allah sentiasa melindungi anakku dari sebarang musibah, amin...
Aku sedang merangka projek besar untuk blog ni. Sebenarnya contest. Bayangkan dah 3 minggu aku design-design-design tapi belum siap-siap. Aku lukis satu perstau guna vector. Jadinya lambat siap. Selagi belum publish entry ini. Selagi itulah hati aku rasa tak tenteram.

Dah lama giler aku berhenti dari join contest. Aku takde mood. Kawan comper aku, Yus, dengan baik hatinya pos kan aku hadiah-hadiah dan borang-borang contest! Aku ikut saranan beliau, study borang contest dan join mana yang sempat. Tapi... aku tak dapat nak ikut. Pertama, kalau libatkan fulus. Bulan satu punya gaji dah tahap serdak-serdak ayam pun. Kedua mood aku takde nak join contest. Sungguh. Hatta yang senang menang lucky draw pun aku takde mood. Bukan takde kawan yang tak bagi link. Tapi aku rasa susah hati. Anak tak sihat itulah puncanya. Tapi lepas Damia kembali aktif ni. Semangat aku naik sedikit. Insya'allah aku akan kuatkan azam selepas ini. Lagipun kerja-kerja tempahan masih banyak dalam senarai. Aku kena cekalkan hati. Yang penting tak boleh nak hampakan harapan kawan. Insya'allah... selagi aku berkemampuan...

Nantikan kemunculan entry tu yeh! Aku harap korang enjoy dengan kartun dan penceritaan aku tu nanti!

2 comments:

Mama Zharfan said...

wah, mesti debomb tu hasilnya :)

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ hahaha... dah publish. jemputlah baca dan komen k.suziey :D