Nuffnang

Followers

Monday, March 14, 2011

Cartoon Teen Girl

Kembali nak paparkan hasil lukisan lama. Ini lukisan tangan. Aku lukis sekitar tahun 2005.  Malas nak fikir panjang, aku bagi nama: Teen Girl. Dulu-dulu punya style, aku suka lukis remaja dengan ciri simple dan funky. Kartun ni ada ciri-ciri hippi juga kan. Sebenarnya aku lukis ikut suka. Malas nak memikirkan sangat jenis dan hasilnya beginilah.


Aku suka buat perincian bab gadget memandangkan sudah lumrah remaja, sukakan perhiasan yang comel, bercirikan berani dan pelbagai lagi. Bergantung pada minat masing-masing. Kerana aku suka teddy bear. Kebanyakan lukisan aku mesti ada keychain teddy bear. Lambang remaja naive, manja, mudah dirapati dan ramai kawan. Ikutlah perspektif masing-masing. Ada juga yang wajah tampak ganas, tapi masih suka perhiasan teddy bear. Contohnya macam aku! hohoho.... Muka ganas! Tapi dalam hati ada taman. Bak kata adik aku hohoho....

Hari ini banyak cerita nak dikisahkan. Tapi aku sedang membuat dua tuntutan kerja rasmi. Dan beberapa tugasan lain. Justeru, banyak kerja lagi nak dibereskan. Kalau ada peluang curi masa, aku menulis kisah yang terperam itu yeh.

10 comments:

Wan_hazel said...

selamt mebuat kerja kak..ehehhe...hebat kan akak melukis..wan nie law lukis memang tak macam org dah...lukis org pun macam lidi je..ahahha...bolat2 dan garis..hehee

Wansteddy Tales said...

wan hazel ~ asal ada bentuknya jadi dah kartun tu wan. act lukis kartun ni xde spesifik. asal kita lukis simple n kita ada penjelasan ttg hasil art kita tu dah jadi. cun ke simple ke itu atas pndangan je.

Nia said...

wah,..boleh tahan hasil keje Wan dulu. dah berbakat sejak zaman muda2 la ni..hehe

deqlis said...

wah!.. mmg berbakat Wan nie..kecik2 pun lukisan dan macam pro..

moga terus sukses yer Wan..:)

Mama Zharfan said...

memang sgt creative ;)

hadiah wan me dh terima. tq!!!!!!!!

BIONIC WOMEN said...

Cantik ler wan, wan ni pandai melukis, kreatif lak tuh..
eily ni tangan kayu ler wan..aperpun x jadi kalau suh lukis, kalau anak suh lukis ayam pun, lum tentu jadi ayam..hahaa

BabyIntan said...

Tak tau nak cakapa apa dah! Mmg terserlah bakat yg wan miliki sejak dulu lagi :D

Suke tgk hasil lukisan wan...cute and comei2!

Wansteddy Tales said...

nia~ haha... ikutkn stroke lukisan wan mcm2 jenis ikut mood. sbb tu xberani buat komik full page. sbb tau nnt muka karektor asyik berubah.

Wansteddy Tales said...

nia~ haha... ikutkn stroke lukisan wan mcm2 jenis ikut mood. sbb tu xberani buat komik full page. sbb tau nnt muka karektor asyik berubah.

Anonymous said...

There's no use crying over spilt milk.