Nuffnang

Followers

Monday, March 21, 2011

Jalan-jalan hujung minggu bersama Aliya Damia

Dah lama tak kongsikan wajah terkini anak dara aku yang banyak peel tu. Cik Aliya Damia. Aku gabungkan dalam satu entry kisah dalam dua minggu lepas dan hujung minggu lalu. Senang cerita sekali je haha...

12hb tarikh yang aku tunggu-tunggu. Sebab haritu ada konsert Hore-Hore Aznil di Tasik Titiwangsa. Aku menang 4 tiket free anjuran GempakAstro Facebook. Alhamdulillah... Tapi tah mana silapnya, waktu nak redeem tiket tak jumpa kaunter yang berkenaan. Ada pun kaunter contest ERA.fm semata. Puas aku bertanya kat penjual tiket (on d spot) kat situ. Kaunter yang itulah juga dorang tunjuk. Damia pula dah buat perangai. Hubby ajak balik sebab hujan masih renyai-renyai. Damia lak masa tu baru nak baik demam. Antara bengkek dan separuh rela... kitorang beralih destinasi ke KLCC pulak... Takde rezeki nak tengok Pak Nil beraksi. Dan takde rezeki nak jumpa Eily haritu.

Kat KLCC sebelum menunggu tayangan filem Rango jam 11.20 malam. Puas la bawa Damia berjalan ke sana sini. Damia memang pantang jumpa kereta berhias kat KLCC ni, confirm nak naik. Tapi kadang-kadang ikut mood dia nak kasi bunyi-bunyi kereta bergerak. Sebab kalau dia takut, takde mood. Cepat-cepat nak keluar dari kereta tu. Macam-macamlah budak ni...

Buat muka tak puas hati tengok ayahnya makan hot dog 1901. hahaha... Ini kisah sabtu lepas. Rancangan awalnya nak bawa Damia tengok belon panas kat Putrajaya. Tapi haritu hujan. Jalan hala ke Putrajaya pulak jem giler. Bengkek betul. Cuti-cuti gini pun nak kena redag jem macam hari-hari kerja. Sempat telipon K.Yantz, tanya besh tak besh pesta belon tu. Dia cakap tak besh sebab hujan. K.Yantz sekeluarga pulak lepak kat Alamanda. Sudahnya hubby pusing balik masuk KL. Pergilah kami ke SOGO, perabih duit...

Hari Sabtu pagi ada contest mewarna kat Sogo. Sebabkan kami sampai Sogo pun petang sangat dah. Tak sempatlah nak bagi Damia tengok contest tu. Kalau tak, confirm Damia pun sibuk nak mewarna juga. Sementara aku shopping sakan, Damia dan ayahnya berhibur kat dalam taman mini ting.7. Bawa keluar makan, Damia tayang sand art dia! Ini kali kedua Damia tunjuk bakat dengan sand art. Nampaknya kali ni hasil kerja Damia lebih kemas berbanding kali pertama tu. Okeylah tu... Lain kali leh asah bakat lagi kan Damia...

Lepas tu bawa Damia lepak Dataran Merdeka. Sempat tu posing sakan sebelum berjalan. Masa ni ada shooting drama kepolisan kot. Tak pasti pulak citer apa. Tak kenal sorang pun pelakonnya. Atau mungkin aku tak nampak siapa yang berlakon. ahhaha.... Ramai jugaklah berkerumun nak tengok scene tu.

Damia tertarik kat belon yang boleh menari-nari tu. Aku dapat agak dia nak tu... Biasalah Damia kalau nampak belon, mesti teruja nak bawa balik. Tapi mungkin pelik + takut tengok belon tak berhenti bergeliang geliut, tu yang takat tu je dia tengok. Tak berani g dekat! hahahha...

11 comments:

CaDLyNN said...

aliya damia sangat cute :)

Wansteddy Tales said...

dia suka bergaya, tp jarang sempat ambil gbr dia bergaya tu haha

Ezzah Memo said...

kalau ade aunti memo, msti kiut lagi. *aunti ker?

Bukan Bidadari said...

beso dah kan anak - anak kite... hahahaha

Wansteddy Tales said...

Memo_Hazel ~ pngl Cik Memo lagi ok. haha

Wansteddy Tales said...

Ema ~ tu la... jap je dah nk masuk 3 thn si gedix ini ^^

Mama Zharfan said...

damia sgt comel!!!geram i tgk hehehe

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ TQ aunty Suziey (balas Damia tersipu) hohoho

Ezzah Memo said...

hehhee. ha ahh la. cik memo jer laa. yeyet. :)

Anonymous said...

dh besar rupanyer aliya ye...cute lak tu=)

Unknown said...

dah besar aliya ni dah..ingat time dukung ngan untie..kecil gebus..semua ada!!